Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Air Terjun Sungai Enam Base Camp | www.sobriyaacob.com

Wednesday, May 6, 2015

Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Air Terjun Sungai Enam Base Camp

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog ni...

Apa khabar semua? diharapkan korang semua sihat dan ceria-ceria selalu :P entry ini adalah kesinambungan trip Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor ( Part 1 & Part 2 ) Perjalanan kami diteruskan lagi ke kampung orang asli Chuweh, antara perkampungan orang asli suku Jahai yang terdapat di Hutan Belum -Temenggor dan destinasi terakhir kami menuju ke Air terjun sungai enam Base Camp memang best giler dapat mandi air terjun di sini memang awesome!


Sepanjang perjalanan menaiki bot untuk sampai ke  destinasi, korang  akan disajikan dengan  pemandangan  yang indah yang mendamaikan mata yang memandang, bayangkan view  di sekeliling  tasik yang airnya menghijau.. hutan dara yang masih belum tercemar diterokai..  Bagi korang yang ingin lari sebentar dari kesibukan tempat kerja sob sangat recommended untuk korang datang ke sini untuk menghilangkan stress dan mencari ketenangan diri...  very lovely and peaceful place, di sepanjang perjalanan boleh dengar bunyi unggas  dan desaran air tasik"P

Sepanjang perjalanan mata akan terpukau dengan keindahan alam semula jadi.

Owh... untuk pengetahuan korang semua Keluasan keseluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah lebih 3,110 kilometer persegi, berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut. Lembah Belum  merupakan antara tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan yang terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh yang membentuk tasik ini.

Tak pasti apa nama empangan ini ? rasanya ini adalah empangan temenggor!
betulkan sob sekiranya salah tuan :)

Ini antara 1 daripada 4 empangan yang ada di Royal Belum yang korang boleh lihat dan jumpa di dalam perjalanan untuk menuju ke Kampung Orang Asli, menurut kata tour guide pembinaan empangan ini telah menenggelamkan perkampungan Melayu yang terdapat di sini iaitu Kampung Temenggor Lama. Selain itu korang juga akan menjumpai kolam ternakan  Ikan Trapia yang diusahakan di sini. Ikan Trapia ye adik-adik bukan Ikan Talapia. Actually ikan ini berwarna hitam dan saiz nya agak besar dan mempunyai rasa yang agak manis dan isinya lembut! nak rasa jemputlah datang ke Belum. Selalunya ikan ini selalu diexport ke pasaran ke luar negara..   

Antara Sangkar ternakan Ikan Trapilia yang terdapat di sini.

Dicelah bongkah batu ini terdapat tumbuhan yang masih hidup wujud di zaman Dinosaurs berusia lebih 400 ribu tahun :P amazing right! masih hidup sampai sekarang :)

Pulau Batu Putih (White Rock Island)

Di sepanjang perjalanan korang juga akan menjumpai satu pulau yang agak unik daripada pulau-pulau yang ada disekitar tasik ini yang dikenali sebagai Pulau Batu Putih. Menariknya di pulau ini terdapat satu spesies pokok yang dipanggil sebagai pokok Bogok yang hidup pada zaman Dinosaurs terdapat di celah-celah bongkahan batu di bukit ini. Ini dapat membuktikan bahawa usia Hutan Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil, untuk lebih pencerahan ( klik sini ) korang boleh rujuk entry sob yang terdahulu Mengenai Khazanah Hutan Belum

Lebih kurang perjalanan 1 jam menaiki bot daripada lokasi  Sira Gajam akhirnya sampai juga kami ke Kampung Orang Asli Chewah, agak sedih juga melihat banyak  kawasan perkampungan orang asli tenggelam disebabkan faktor air tasik yang meningkat mendadak ketika musim hujan dan juga pelepasan air daripada empangan di sebelah sipadan Thailand menyebabkan banyak penempatan perkampungan orang asli yang tenggelam dan terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Dari jauh dah boleh lihat perkampungan orang asli

Dekat gambar di atas, korang boleh lihat sebahagian rumah penduduk  kampung yang tenggelam akibat peningkatan air tasik :(

Jumlah penduduk orang asli yang mendiami kampung ini, tak berapa ramai anggaran lebih kurang 55 orang penduduk yang mendiami kawasan kampung ini.  Paling  penting "harga barang jual di sini, semua naik mengikut harga-harga luar" inilah kesan GST! tet..tet.. siapa cakap duduk dalam hutan pun tak rasa bro..

Antara hasil hutan, kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung yang turut dijual disini. selain itu kat sini korang juga boleh melakukan aktiviti  menyumpit - bayaran Rm1 sekali menyumpit tapi lebih kepada derma ikhlas untuk pembangunan dijalankan di sini.

Kalau korang perasan lokasi kampung ini dijadikan lokasi pengembaraan Isteri Luar Biasa itu pun kalau korang tengok lah. Mesti korang tertanya mana penduduk kampung ni, actually waktu kita orang melawat sudah tengahhari panas.. kebanyakan penduduk stay kat dalam rumah masing dan hari tu sekolah ditutup, itu sebab tak nampak anak-anak orang asli main-main kat kawasan ni



Sedikit info menarik sob nak kongsi kebanyakan orang asli dari suku Jahai yang masih mengekalkan gaya hidup turun-temurun al maklumlah nak sampai ke lokasi ni pun naik boat ambil masa juga. Sini bina rumah kebanyakan rumah diperbuat daripada buluh dan atap nipah dan Selalunya orang asli dari suku jahai suka berpindah ke tempat baru terutama selepas ada berlaku kematian itu sebab di kawasan sini korang boleh nampak beberapa tapak  kampung yang ditinggalkan.



Lebih Kurang 20 minit perjalanan menaiki bot daripada perkampungan orang asli kami menuju ke destinasi terakhir iaitu Air Terjun Sungai Enam untuk picnik makan tengahari selepas penat seharian explorasi Hutan Belum - Temenggor.  Difahamkan bahawa dahulu kem ini di bawah milik pengurusan MKN tetapi disebabkan banyak berlaku kerosakan yang tidak dapat diatasi disebabkan kem ini berada jauh di tengah hutan dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi maka pengurusan kem ini diberikan kepada pihak lain. Sob dapat bayangkan sekiranya kem ini terus dijaga rapi dan dibaik pulih.. perhh memang cantik lah keadaan kem ini, tambahan lokasi kem ni berada di kawasan sungai di tengah hutan... . '.memang terbaik feel nya close to nature'

Jambatan untuk masuk ke dalam kem, antara laluan untuk sampai ke Air Terjun

Disini pula ditempatkan dewan makan, dapur semua tinggal kenangan :P


Antara chalet yang telah lama ditinggalkan, tak boleh bayangkan kalau malam-malam overnight kat sini, tapi view dia memang awesome di hadapan chalet ada laluan anak sungai.. bayangkan bangun pagi-pagi boleh mendengar bunyi air sungai, bunyi unggas cengkerik, cuaca yang nyaman.. bangun pagi berkabus sejuk je.. memang best.. :P


Daripada kem ini untuk sampai ke Air Terjun  memerlukan pendakian lebih kurang 20 minit, dimana keadaan jalan agak extrem dan korang terpaksa mendaki sedikit untuk sampai ke Air Terjun.Yang menarik sepanjang perjalanan korang akan menjumpai banyak flora dan fauna yang menarik, bagi yang suka fotografi pic micro so pastikan camera sentiasa standby  banyak  khazanah alam yang tak dijangka boleh korang jumpa di sepanjang perjalanan,


Sentiasa utamakan keselamatan, sebab ada a few jalan yang korang kena lalu di tepi-tepi tebing, jangan risau sebab tali disediakan untuk support,  ini baru sampai ke Waterfall Stage 3 masih banyak perjalanan yang harus diteruskan untuk sampai ke Air Terjun.


Perjalanan untuk sampai ke air terjun, trek memang disediakan  dan masih dalam keadaan baik, jadi tidak menjadi masalah untuk korang mendaki sampai ke Air Terjun Sungai Enam Base Camp yang penting semangat kena kuat bro.


Kena Panjat bukit, lalu di tebing sungai, lintas anak sungai, baru lah sampai ke Air Terjun.. memang adventure! memang berbaloi lah datang kat sini best :P


Akhirnya selepas bermandi peluh seketika  sampai juga kami ke Air Terjun Sungai Enam Base Camp, so apa aktiviti wajib harus dibuat selepas penat mendaki mestilah mandi air terjun, air sungai sejuk dan jernih sampai meresap rasa ke tulang.. memang layan, sangat berbaloi untuk hiking untuk sampai ke air terjun ni :P

Disebabkan korang ada tanya berapa banyak air terjun ada kat Royal Belum, disini sob senarai Air Terjun yang terdapat Di  Hutan Royal Belum ni yang boleh dikunjungi oleh korang, and then untuk soalan korang air terjun mana yang best  semuanya ada keistimewaan masing nak tahu apa yang unik dan istimewanya kena datang sendiri lah bro!

1. Sg. Kejar
2. Sg. Semelians
3. Sg. Mes (3 level)
4. Sg. Gen
5. Sg. Kooi
6. Sg. Tan Hain
7. Sg. Ruok (4 level)
8. Sg. Enam
9. Sg. Gadong
10. Sg. Kiroi
11. Lata Belanga
12. Teluk Major


Seronok dapat mandi air terjun, tak ada ayat yang dapat menggambarkan berapa teruja nya sampai disini  :P

Ok nampaknya entry explorasi Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor berakhir disini, boleh disimpulkan ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga, banyak perkara baru yang dapat dipelajari yang tidak dijangka sama sekali, satu anugerah daripada ilahi yang sangat bernilai dimana kita haruslah menjaga sebab alam dan manusia masing-masing ada peranannya. Teringat satu pepatah yang menarik perhatian sob

"manusia dan alam mempunyai hubungan yang sangat rapat. Kedua-dua entity ini sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jika terpisah, rosak lah manusia, musnahlah alam"


Bagi korang yang pertama kali melawat blog ini jangan lupa baca kisah pengembaraan sob di Royal Belum Rainforest, boleh klik link dibawah.




19 comments:

  1. mmg menarik . klu dpt tgk depan mata , lagi lah best ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tempat ni..
      sejuk mata memndang tasik yang luas mata memandang :P

      Delete
  2. wow..cantiknya air terjun.... damaii saujan mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya air terjun...
      best dpt berendam musim panas2 ni :)

      Delete
  3. CANTIK SUNGGUH VIEW ALAM SEMULAJADI YG USIANYA RATUSAN JUTA TAHUN NI...
    IKAN TRAPILIA XPERNAH MKN LAGI MSTI SEDAP TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anugerah alam drpda ilahi kepada kita..
      trapia..klau perasan 1/6/2015 kat mjalah 3 ada
      cover story pasai ikan trapia ni kat banding

      Delete
  4. Ada tanya ranger tak dlm byk2 air terjun tu mana yg paaaling bes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua best...kot
      tapi x ppnah ar sampai lg kat semua waterfall 2

      Delete
  5. lamaaanyaa tak singgah sini,..rindu nk tgk gmb keindahan tempat2 yg sobri ambik..xdpt pg dpt tgk pn jadilah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hay niesa..
      lamanya x nampak berblog..
      miss nak baca entry niesa :)

      Delete
  6. woah, banyaknya jumlah sungai air terjun kat hutan Royal Belum, baru tau ni... banyak cerita pasal hutan ni rupanya... *mata berkerlipan* :3

    ReplyDelete
  7. banyaknya air terjun, kalau dapat gi semua memang menarik...first time dengar ikan trapia ni, takde gambo ke? mcm ikan talapia hitam ke?

    ReplyDelete
  8. It's good view Bro. wanna see that someday.

    ReplyDelete
  9. Aman..damai..tenteram
    Sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  10. salam saya ingin bertanya, kalau ke Belum-Temenggor kat mana penginapan yang murah dan selamat. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ..terdapat 2 pilihan penginapan di belum.
      satu banding lake site.. kedua belum rainforest resort,,
      skiranya hendak pnginapan bajet boleh je rumah penginapan mat shah.. :)

      Delete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.