Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua? diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera, entry kali ini nak berkongsi mengenai pengembaraan Sob bersama-sama Geng Hiking Sampai Jadi #GHSJ dalam misi menawan Gunung Baling. Untuk misi kali ini memerlukan kami semua untuk mendaki gunung yang berketinggian 420M untuk sampai ke puncak. Untuk pengetahuan korang Gunung Baling ni termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur dimana di puncak gunung akan menjumpai batu-batu kapur dan juga batu kristal.
Ekspedisi Menawan Gunung Baling
Pengembaraan Team HSJ bermula dari Gerik, di mana bertolak daripada pekan gerik menuju ke Pekan Baling, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 Jam dan berkumpul di Perkampungan yang terletak di bawah kaki gunung untuk berjumpa Our nature Guide dan bersiap-siap untuk mendaki Gunung. Owh sebelum itu kebanyakkan anggota #Team HSJ yang joint Trips Hiking Sampai Jadi merupakan pengalaman pertama kali hiking gunung, so banyak perkara-perkara menarik yang terjadi sepanjang trips ini yang membuat kami semua akan repeat lagi sekali mendaki gunung ini untuk melihat pemandangan indah daripada puncak tanpa ditutupi jerebu.
Pemandangan Gunung Baling di waktu pagi.
Gunung Baling, walaupun diberi nama Gunung tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung. ketinggian boleh dikira sebagai tahap ketinggian bukit tapi apa yang cukup menarik mengenai gunung baling ini ialah kepelbagaian biologi dan landskap hutan yang boleh korang jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak.
Check point untuk naik ke Gunung Baling, di belakang rumah-rumah orang kampung dimana di awal pendakian akan melalui lorong-lorong rumah, seterusnya akan menjumpai dusun buah dan disitu akan menjumpai trek untuk ke puncak dimana trek di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol air untuk dijadikan penanda.
Tahap kesukaran untuk mendaki gunung baling bagi mereka yang selalu melakukan aktiviti outdoor mungkin agak mudah ibarat pejam mata pun boleh sampai ke puncak tapi untuk beginner seperti kami semua pejam mata banyak kali sepanjang trek pun masih tak sampai-sampai ke puncak dimana trek gunung baling agak memang menguji kesabaran diri, mental dan segalanya sekiranya kurang focus dan tidak berazam untuk sampai ke puncak memang tewas di tengah jalan!
Tahap kesukaran untuk mendaki gunung baling bagi mereka yang selalu melakukan aktiviti outdoor mungkin agak mudah ibarat pejam mata pun boleh sampai ke puncak tapi untuk beginner seperti kami semua pejam mata banyak kali sepanjang trek pun masih tak sampai-sampai ke puncak dimana trek gunung baling agak memang menguji kesabaran diri, mental dan segalanya sekiranya kurang focus dan tidak berazam untuk sampai ke puncak memang tewas di tengah jalan!
Perhentian rehat pertama kami di Gua Kambing, kenapa gua ini dipanggil sebagai gua kambing? sebab dimaklumkan disini terdapat satu struktur batu yang menyerupai kambing.
Walaupun ramai yang cakap ketinggian gunung baling standard aras ketinggian bukit, masa pendakian diambil untuk naik dan turun dalam masa 2 jam 10 minit, tapi kecerunan dan trek yang terpaksa dilalui agak mencabar, curam, agak berbatu dan licin serta berselut tanah merah sekiranya selepas hujan sangat menguji fizikal dan mental korang, senang cakap walaupun ketinggian gunung ini aras rendah tapi memang sangat layan trek kat sini! ada kejutan tersendiri.
#Team HGSJ Amalina, Anis, Jamilah, k. June, Khairul @ Boris,
Addy, Adli & our Guide Nazhif!
Ekspedisi pendakian yang di diklasifikasikan sebagai ekspedisi santai-santai oleh Team HSJ.. santai-santai ke? bukan main teruk lagi hampa push diri nak sampai ke puncak, alhamdulillah sampai jugak kat atas sangat berbaloi bukan dengan pengalaman dan pemandangan yang ditawarkan. Checkpoint tempat rehat pertama di Gua Kambing, rehat sebentar untuk reduce kembali energy.
Laluan trek yang agak curam, memang akar-akar kayu sebagai tempat untuk berpaut
Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.
Acara wajib setiap kali berehat bergambar, berselfie & membahan salah satu cara nak hilangkan perasaan nak give up yang menari-nari dalam minda, mostly yang joint trips ini beginner hiking gunung so rasa sangat bertuah kerana semua team memainkan peranan masing sentiasa memberi kata-kata perangsang dan sokongan kepada satu sama-lain supaya team rasa tak mengalah. Sebenarnya cara paling senang nak kata-kata perangsang dengan membahan antara satu sama lain sepanjang trek! tak percaya ? cuba buat ya, pasti tak mental malah akan lebih bersemangat.
Sekarang kami berada di laluan yang ke 3, laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan pokok buluh. Suasana di sini memang cantik, sejuk so kalau sampai disini memang port wajib untuk bergambar! Dekat sini korang akan melalui celah-celah batu yang agak tajam di lereng-lereng bukit jadi memang amat digalakkan untuk memakai sarung tangan untuk keselamatan jari daripada terluka.
Antara cabaran untuk terpaksa ditempuh untuk sampai ke puncak adalah melalui 'celah batu' sebab ada lubang kecik dan korang terpaksa menyelit di bawah celah-celah batu. kerjasama daripada setiap anggota kumpulan sangat penting untuk mengelakkan kemalangan yang tidak dijangka. Safety first
Setelah 1 Jam lebih mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak Gunung Baling.. Alhamdulillah
Pemandangan di atas gunung baling, kawasan turut dikenali sebagai Rock Garden dekat sini korang akan melihat pelbagai bentuk batu dikelilingi pokok-pokok renek dan serai, satu pemandangan landscape yang cukup berbaloi untuk dilihat bila sampai di atas puncak. Sekiranya cuaca tidak berjerebu boleh melihat Pemandangan Gunung Pulai yang terletak di hadapan [kliksini]
Tips daripada sob pastikan korang memakai baju lengan panjang sebab dekat sini memang banyak nyamuk dimana sembur insert repellent pun still nyamuk hinggap memang ketegaq nyamuk-nyamuk kat sini. selain di atas ini banyak batu-batu besar yang tajam, pokok yang tajam dan pokok serai untuk mengelakkan luka badan korang terkena batu dan daun serai,
Saya sudah sampai ke sini? anda bila lagi! memang gayat, bila tengok kat bawah walaupun berjerebu. Seperti biasa lah dah sampai ke atas puncak aktiviti wajib kena buat ialah welfie & selfie di atas gunung baling sambil menikmati pemandangan indah gunung diliputi oleh awan karpet. Eh bukan kabus tapi jerebu, kerana waktu sob dan team mendaki kesini memang ketika itu Malaysia masih dilanda jerubu kesan pembakaran dari negara seberang.
It very valuable experience a lot of fun in the process of bonding with nature, very unforgettable Hiking activities experience! It all about Teamwork.. Adventure.. Nature
Thanks kepada our guide Nassif yang sentiasa menjaga keselamatan kami dengan efisien good job bro! kepada Addy & Adli walaupun agak malu-malu kucing first time jumpa terima kasih kerana sudi menjaga dan memberi kata-kata semangat kepada akak-akak korang ya!sepanjang pendakian ini. kepada K June, Anis, Amalina & Jamilah you girls Rocks the world! Boris do are great job bro..give fully support untuk trips kali ini kata-kata semangat kau membuat ramai yang bersemangat untuk sampai ke Puncak, Hope ini adalah permulaan untuk Geng HSJ untuk trips dan adventure yang mendatang!
Segala penat lelah mengharungi pelbagai cabaran dan ragam melalui laluan berbatu yang mencabar. panjat tebing batu tinggi dengan tali, lalui celah-celah lubang batu yang sempit, kerabat akar-akar kayu akhirnya sampai juga Team Hiking Sampai Jadi ke atas, memang sangat berbaloi dapat melihat pemandangan yang memukau!
Wow!!!.. memang hebat skrg.... tahniah bro.... #kipidap... :D
ReplyDeleteha.ha..ha.. kipidap bro..
Deletethanks..tapi mana boleh lawan sifu.
gunung kinablu pun dah sampai!
BUKAN MUDAH NK MENDAKI KE PUNCAK GUNUNG BALING NI KALAU XSANGGUP REDAH CABARANNYA TU KAN SOB...TAHNIAH.
ReplyDeleteterima kasih sis..
Deletealah tegal biasa..
berbaloi bila sampai kat ats tu..dgn view yg dinikmati :)
walaupun dulu pernah belajar di baling, tak pernah sekalipun nak pergi daki..tengok korang happy ja..
ReplyDeletebuat2 happy sis..
Deletedlam hati hazapnya tuhan saja tahu.. ha..ha.\
guraulah .. happy bila naik dgn kawan2 yg saling support :)
Sakan berhiking sambil bergaya... walaupun dalam jerebu tetap bersemangat, eh jap tu jerebu ka kabus? :3
ReplyDeletejerubu campur kabus sis..ha..ha.. :P
DeleteWow!!!.. memang hebat ekspedisi ke Gunung Baling. Terima kasih dah kongsi maklumat ini
ReplyDeletethaks bro.. happy reading :P
Deletewahaha.. menarik ni... serai?
ReplyDeleteyup bro..
Deletekat puncak gunung baling bayak pokok serai..
serai wangi :)
that's a cool trips Bro. Do you tied when you're hiking?
ReplyDeleteyeah bro.. feal awesome.. not la..so fun when hiking..
Deleteone day your shout try hiking with me :P
huurm surrender dulu cenggini.. celah2 batu tah muat kepala je =P
ReplyDeleteala.. baru nak ajak siti panjat bukit bendera x pun bukit jambul he..he.. :P
Deletejom la cuba :)
This comment has been removed by the author.
Deleteahahah CT tunggu kat atas terus la eh.. senang nnt nak pass air =P
Deleteadeh, tak fit aku nak naik gunung ni. salut sama lu haha
ReplyDeletememang terbaik..penat lelah berbaloi bila smp ke puncak gunung..dah lama sy tak hiking..last 2 thn lepas..;p
ReplyDeletemesti pergi....
ReplyDeletekena tukar ke nama gunung ni....kepada gunung nyamuk ketegaq
ReplyDeletehehe nice sobri
menarik nya..ada geng n group mcm tu baru enjoy..gambar cantik guna GoPro rupanya..huhuh mampu tgk jelah x mampu nk beli
ReplyDeleteperghh terbaik ni..
ReplyDeleteboleh bg loc detail x kat mana ni? baling area mana? mcm mana nak guna khidmat guide?
Baling dekat area kedah..
Deletelokasi nak naik lalu belakang rumah org kmpg..
permulaan treck
Guide boleh contact bro nasif 013-5290169
next montn 0n 26 ada group nak hking gunung pulai n baling bminat bleh joint :)
Perghhh berkabus bangai.. mmg seronok la.. tapi tak dpt tgk pemandangan la :D
ReplyDeleteguider dpt mana bos? teringin pulak..hehe
ReplyDeleteAda pantang larang x kalau nak naik waktu pagi sebelum subuh?
ReplyDeleterasanya tak ada bro..janji bawa kelengkapan yang secukupnya dan bhati2 :)
DeleteTerbaiķk...
ReplyDeleteTerbaiķk...
ReplyDeleteInteresting trek,enjoyed your photos
ReplyDeletebro...nk tnya..track untuk hiking nie ada penanda ka???
ReplyDeletetakut sesat ja..hehehehe
skrg dah naik taraf..jalan smua dah tip top..insyaallah smua ok
DeleteMcm best je. Lpas ni nk kmana plak, nk ikut
ReplyDeleteMcm best je. Lpas ni nk kmana plak, nk ikut
ReplyDeletenak ikut bg fon number leh add dlm wsp group
Deletenampaknya tak terlalu tinggi ya? tapi tetep awesome, good work..
ReplyDeletewah... saya pon tak sampai lagi..dok planning nk p..xjd lagi
ReplyDeletewah... saya pon tak sampai lagi..dok planning nk p..xjd lagi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebro...pm sy 0194605291...nk smbng skit psal hiking g. baling
ReplyDeletebro wsup saya 013-4599815
DeleteNk tanya trail hiking jelas ke ?
ReplyDeletedah jelas sekarang bro jagan risau..follow penanda
DeleteSalam, nak tanya kalau naik dalam pukul 4 am nampak x penanda ke kena bawak torchlight juga
ReplyDeleteCantik sugguh view gng baling....trgin nk joint tp x da kwn2 yg minat aktviti mcm ny.
ReplyDeleteCantik sugguh view gng baling....trgin nk joint tp x da kwn2 yg minat aktviti mcm ny.
ReplyDeletemcm mn nak cari guider?
ReplyDeletemcm mn nak cari guider?
ReplyDeleteNak naik nih camne nak cari org utk guide ye?
ReplyDeletecontact 0134599815
DeleteTerima kasih banyak ye..
DeleteOrg yg chubby bole ke lalu bwh batu2 tu? Hahaha xsangkut ke
ReplyDelete