Tidak dinafikan Bandaraya Ipoh mempunyai tarikan tersendiri yang menawarkan pelbagai perkara yang cukup menarik buat para pelancong terokai, daripada keindahan dan keunikan senibina bagunan-bangunan lama di Pekan Ipoh yang selalu menjadi pilihan pencinta seni photography serta lokasi kegemaran penggambaran filem Yasmin Ahmad, kawasan Ipoh dikelilingi Gunung-ganang batu kapur yang cukup mempesonakan sekiranya anda inginkan melakukan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan, Taman Tema Lost World Of Tambun antara destinasi pilihan utama buat para pengunjung melancong ke Ipoh.

Lost World of Tambun I Theme Park hotel & Spa
Taman Tema Lost World Of Tambun adalah taman tema yang menghimpunkan pelbagai permainan mencabar dan menyeronokkan yang bakal menguji daya ketahanan dan tahap keberanian anda. Di sini terdapat beberapa zone yang dibahagikan meliputi Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Water Park, Amusement Park, Hot Spring & Spa dan Team Building Park yang menawarkan tahap keseronokan dan cabaran yang tersendiri, sangat sesuai untuk anda yang ingin melakukan pelbagai aktiviti sama ada untuk bersantai atau mencabar keberanian diri sendiri!

Pemandangan di dalam Taman Tema yang cukup luas, dikelilingi gunung berbatu kapur yang cukup awesome, membuatkan diri terasa 'breathtaking!'
Deco yang sangat menarik, menyerupai bangunan lama yang terdapat di pekan Ipoh pada masa dahulu, yang menjual pelbagai makanan yang 'popular' terdapat di Ipoh
Terletak di Sunway City Ipoh, Tambun, Lost World Theme Park merupakan tarikan cukup popular yang bakal menjadikan kunjungan anda penuh dengan pengalaman yang cukup menarik. Dikelilingi oleh gunung batu kapur yang berusia 400 ribu tahun, mempunyai kolam air panas yang tersendiri merupakan lokasi wajib dikunjungi sekiranya korang mencari lokasi percutian berkonsep eco-adventure!
Taman ini juga terbuka untuk semua orang, tanpa mengira umur kerana terdapat pelbagai jenis permainan basah dan kering yang disediakan di sini mengikut tahap peringkat umur, kebolehan dan kesesuaian para pengunjung.
Tempat menyimpan barang dimana anda boleh menyewa lokar untuk menyimpan barang berharga.
Sebelum masuk ke dalam, anda akan melalui kaunter pembayaran untuk mendapatkan tiket dan juga gelang tangan khas untuk digunakan jika ada sebarang urusan pembelian ataupun sewa loker. Untuk makluman anda amat dilarang untuk membawa makanan daripada luar untuk dibawa masuk ke dalam Taman Tema ini.
Tips untuk mendapatkan tiket yang lebih murah, belilah secara online :
Sila layari website : sunwaylostworldoftambun.com
Dimana pembelian secara online lebih awal, anda akan mendapat potongan harga yang sangat berbaloi daripada datang secara walk in, bergantung kepada promosi semasa. Antara kemudahan lain yang terdapat di dalam Taman Tema Lost World Of Tambun seperti, tempat persalinan pakaian dan mandi, baby changing room, surau, tandas dan bilik rawatan kecemasan.
Food Court, sebelum explore marilah kita mengisi perut terlebih dahulu.
Menu yang di dicuba oleh kami ialah Ayam Penyet, owh.. rasanya sangat sedap, ayam rangup dan berperisa dan lembut sangat kena dengan selera Sob.
Lost World Petting Zoo
Zone pertama yang dilawati oleh sob ialah, Lost World Petting Zoo dimana disini terdapat zoo mini di mana anda boleh merasai sendiri pengalaman melihat dan menyentuh dengan Raccoon, ular, rusa sawa, burung kakak tua dan pelbagai jenis binatang secara lebih dekat serta mempelajari dengan lebih mendalam mengenai habitat asal haiwan-haiwan yang terdapat di sini.
Rabbit wonderlands, nampak tak di sekeliling terdapat longkang yang dipenuhi ikan-ikan kecil, apa yang menarik mengenai aktiviti yang anda boleh buat disini ialah anda boleh menangkap ikan-ikan yang terdapat di dalam longkang betul-betul mengimbas kenangan masa-masa kecil dulu menangkap ikan di longkang dan parit, lagi best aktiviti ini dibuat bersama-sama anak-anak anda.
Our star here, Ruby the Raccoon!, sumpah memang best dapat bagi makan dan belai-belai ruby jinak gila dah la cute..geram sangat.. :P
Di dalam Lost World Petting Zoo ditempatkan beberapa sangkar besar yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan exotic seperti ular, burung dimana korang berpeluang untuk menyentuh, bergambar dan memberikan makan kepada haiwan-haiwan tersebut, jangan risau kesemua haiwan disini sangat jinak dan telah dilatih selain itu terdapat banyak penjaga haiwan yang sentiasa memantau aktiviti anda bersama-sama haiwan di Petting Zoo untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak dijangka. Tak percaya haiwan kat sini jinak siap bertenggek makan kat atas kepala, bukan kat tangan ok! :P
Suka konsep zoo mini di sini, haiwan dibiarkan bebas berkeliaran yang jinak-jinak la ye, yang kurang jinak dan agak berisiko diletakkan di dalam kandang jadi para pengunjung boleh mengambil masa selama yang mungkin untuk berada di sini, jadi secara personal kita boleh terasa close dengan haiwan tersebut dan salah satu cara kita belajar dan berseronok secara tidak langsung. Untuk pengetahuan ada di Petting Zoo dibahagikan pula kepada bahagian antaranya Ruby And Friends, Rabbit Wonderland, Bird Paradise, Serpentarium, Tortoise Kingdom & Rain Forest Trail
Di sini juga terdapat program yang dikenali sebagai Lost World Junior Rangers bagi ibu-bapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka bolehlah mendaftarkan anak anda sebagai salah seorang Junior Rangers.
Rusa oh rusa! kebanyakkan kandang-kandang haiwan di sini tidak berbau dan haiwan diuruskan dalam keadaan sangat baik! syabas :P
Di sini juga banyak di sediakan tempat untuk berehat yang sangat selesa, selepas penat berjalan.
Untuk pengetahuan korang semua tidak semua zone sempat sob terokai disebabkan hujan di waktu Tengahari dan kekangan masa jadi amatlah rugi kerana di semua zone mempunyai tarikan yang tersendiri, Tips untuk anda supaya tidak merasa rugi seperti sob sila datang pada awal pagi kerana Lost World beroperasi awal pagi.
So next zone kita nak terokai ke mana pulak ye? Pening banyak sangat pilihan aktiviti yang ada.
Needle of Tambun turut dikenali sebagai Bukit Pensil
Bgi korang yang sukakan aktiviti outdoor, disini juga disediakan aktiviti seperti High Rope di Lost Word Adventure Park, 13 jenis laluan disediakan untuk menguji keberanian dan kebolehan korang semua, bagi yang berminat untuk Rock Climbing disini tapak turut disediakan.
Di Porcupine Train kawasan khas untuk adik-adik kecil melakukan aktiviti, antara aktiviti yang sangat menarik untuk dilakukan ialah menunggang kuda. Jealous Nya abang pun tak pernah tunggang kuda dik!
Menunggu Animals Show, setiap hari pada pukul 3.00 am jadi pastikan korang datang 10 minit awal untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa yang penting duduk depan sekali barulah rasa seperti VVIP gituwee!. Animals show di Lost Words sangat tidak menghampakan sangat menghibur dan terutama ketika Pertunjukan Harimau, selain daripada berhibur diterangkan berapa pentingnya kita untuk terus menjaga habitat haiwan-haiwan tersebut.
Credit Picture To Subhan. Our star here Putra, Zazz dan Azian harimau jenis Siberian. Di Lost World Tiger Valley disini korang boleh lah bermanja-manja dengan harimau so korang boleh Get up close and personal with our very own Siberian Tigers
One of my favorite adventure game, Dragon Flight memang menaikan perasaan adrenalin dalam diri korang terasa di terbang tinggi di udara! perh ..
Bagi korang yang datang ke Taman Tema Lost World tapi tak ingin melakukan aktiviti melibatkan air terdapat juga banyak pilihan aktiviti lain yang boleh korang lakukan di Lost Work Amusement Park antaranya di Lost World Lupe Adventure korang boleh mencuba menaiki Roller Coaster! sumpah memang menyeronokkan sungguh mendebarkan so antara benda wajib yang korang kena cuba :P
Jangan lupa mencuba Tube Raiders & Cliff Racer tapi pastikan anda kena menyewa tube dulu ya.
Di Zone Lost World Water Park memang banyak pilihan aktiviti yang boleh korang cuba antaranya di Jungle Wave Pool ialah korang renang yang terbesar di Malaysia, jadi korang boleh bayangkan berapa besarnya kolam untuk mandi manda dan berenang sepuasnya. Oh ya di kolam ini juga ada ombak boleh mencapai sehingga ketinggian 3 meter, best bukan.
Sandy Bay pula adalah pantai ciptaan yang mempunyai pantai ataupun pasir yang sebenar susana di sini memang cantik berlatar belakangkan gunung-gunung batu kapur seolah-olah berada di pantai yang tersembunyi.
Adventure River seperti lorong buatan ataupun sungai buatan dimana korang boleh menaiki pelampung mengelilingi lorong-lorong ini pelbagai perkara yang menarik yang boleh jumpa, ada kejutan tersendiri nak tahu kenalah cuba sendiri.

Adventure River
Amazing View at Lost World of Tambun
Selepas penat seharian explore semua permainan yang ada di sini, penamat yang cukup indah segarkan diri korang dengan berendam di Hot Springs memang cukup menyegarkan kembali badan korang selepas penat seharian bermain.
Oh ya untuk pengetahuan anda semua, Taman Tema Lost World juga dibuka pada waktu malam pada pukul 6.00 pm-11.00. Di Lost World Hot Springs & Spa pula terdapat Top of world pool, lost world steam cave, foot spa, crystal spa, spahira baby pool dan cristal pool wah bestnya! jadi bagi korang yang inginkan susana yang damai dan santai sambil merehatkan diri berendam didalam air panas mineral semulajadi bolehlah mencubanya sendiri.
Jadi macam mana Lost World Of Tambun ? sangat menarik bukan bagi anda semua yang mencari-cari destinasi untuk berlibur, bolehlah berkunjung kesini kerana Lost World Of Tambun bukan sekadar Taman Tema biasa tapi lebih daripada itu dan semestinya Sob akan berkunjung lagi ke sini.
Alamat :
No 1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com
Waktu Beroperasi :
Weekdays : 11.00 am - 6.00 pm
weekends : 10.00 am - 6.00 pm
Waktu Beroperasi Malam
Isnin - Ahad : 6.00 pm - 11.00 pm
jap jap !!!! macam
ReplyDeletemana dapat belai si Ruby tu ??? nape time CT pegi dpt tngk dia tenggek atas kayu je.. adakah ini namanya diskriminasi ? aaaargh dahla dlm wishlist tau nk pegang racoon ngan red panda !! x aaaaaaci..
hahah.. nampak tak ada unsur2 diskriminasi kat situ..tu
Deleteyg siap boleh belai..btw salam taziah buat siti sekeluarga :)
wah cantik sekali taman tema xpernah singgah lagi..
ReplyDeletewajib datang sekali sis..
Deletemandi manda.. best :)
Boleh tahan cantiknya
ReplyDeletememang cantik dikelilingi
Deletegunung ganag berkapur lawa...
Macam best je..macam nak pergi je...:p
ReplyDeletehi bruh ☺
ReplyDeleteI'm newbie and please support me
smartiesmoo.blogspot.kr
mmg best. byk tempat boleh gi tak bosan.
ReplyDeleteramai dah bloggers yg review tempat ni..takleh jadi ni, kena pegi juga ni..asyik lalu-lalang balik kpg, baca signboard jak..huihu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada peluang mahu juga saya pergi nie bro
ReplyDeleteWanna be there, let's you bring me to there pls. ha ha Awesome place I really like to go to there. Sob, bring me to there please.
ReplyDeleteseronoknya, kalau dekat nak pergi juga ... ingatkan water park sajer rupanya ada mini zoo juga, best best best :)
ReplyDeleteSeronoknyaaaa. Lama dah tak ke sana :D
ReplyDeleteNampak best ni. Kalau bawak anak2 mesti suka
ReplyDeleteteringin nak bawa anak2 tapi belum sampai2
ReplyDeletekapan ya liburan kesana :(
ReplyDeleteWaaaouuu... nampak happening betul, ada raccoon lagi tu :D
ReplyDeleteAlamak, tak takut burung2 tu tetiba berak di atas kepala ke huhuu... bahaya aksi tu :p
dah dua kali sampai sini...tapi satu entri pun tak ada lagi...kisahnya bawa anak kecil...kamera pun entah ke mana...gambar pun tak ada...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini sobri....
Ramai yang buat review tempat ni..semua cakap best dan menarik tapi x sampai-sampai lagi2 musim cuti sekolah ni mesti RAMAI lah tu
ReplyDeletebetul la memang best sangat.. tapi bila sampai sini antara dua.. nak enjoy or nak sibuka mik gambar hahahah :D
Delete