Assalamualaikum dan salam ceria!
What's Awesome In Ipoh! sudah semestinya Bandar Ipoh antara destinasi percutian yang sangat Ohsem untuk dilawati di Negeri Perak walaupun kunjungan korang sekadar short trips! pelbagai tempat menarik yang wajib diterokai di sekitar bandaraya Ipoh yang Bersejarah, kunjungan korang ke sini pasti tiada masalah kerana pelbagai pilihan tempat penginapan, deretan Kafe Hipster yang pelbagai gaya menjual beraneka makanan yang sedap yang harus dicuba selain daripada itu banyak kemudahan pengangkutan awam untuk kemana-mana yang memudahkan lagi percutian korang di Ipoh
What's Awesome In Ipoh! sudah semestinya Bandar Ipoh antara destinasi percutian yang sangat Ohsem untuk dilawati di Negeri Perak walaupun kunjungan korang sekadar short trips! pelbagai tempat menarik yang wajib diterokai di sekitar bandaraya Ipoh yang Bersejarah, kunjungan korang ke sini pasti tiada masalah kerana pelbagai pilihan tempat penginapan, deretan Kafe Hipster yang pelbagai gaya menjual beraneka makanan yang sedap yang harus dicuba selain daripada itu banyak kemudahan pengangkutan awam untuk kemana-mana yang memudahkan lagi percutian korang di Ipoh
Baru-baru ini sob ada membuat short trips ke Bandaraya Ipoh Perak selama 2hari 1malam, mesti korang tertanya-tanya apa aktiviti yang menarik boleh korang buat ketika travel ke Ipoh, di bawah sob senaraikan antara 7 destinasi yang menarik yang perlu korang kunjungi ketika berkunjung ke Ipoh. Thanks Subhan to be my travel partner, awesome trips with you buddy!
Salah satu Mural Kegemaran sob! Girl With Stool and Bird Cage
1) 7 mural
Sekiranya di Pulau Pinang terkenal dengan Mural Art Street @ Georgetown di Ipoh juga tidak kurang hebatnya terdapat 7 mural yang wajib dilawati di sekitar cafe Old Town White Coffee cawangan Ipoh Padang. Hummingbird, Old Uncle With White Coffee, Paper Plane, Girl With Stool and Bird Cage, Kopi-0, Trishaw dan Evolution adalah nama yang diberi untuk kesemua lukisan mural yang dilukis oleh pelukis terkenal Ernest Zacharevic pelukis yang sama untuk mural Art Street di Penang.
Bandar Ipoh juga penuh dengan pelbagai karya seni hasil daripada air tangan penduduk setempat sangat kreatif sesuai dengan gelaran Ipoh bandar Hipster
Kebanyakan hasil mural yang dilukis hasil daripada budaya penduduk setempat dengan evolusi pembangunan bandar Ipoh daripada zaman dahulu sehingga sekarang, senang kata mengikut cara Ipoh! Kebanyakan lukisan boleh dicari di sekitar lorong-lorong kecil sekitar Jalan Bandar Timah dan Jalan Tun Sambanthan juga berdekatan dengan lokasi Plan B

2) Plan B
Ipoh terkenal dengan statusnya sebagai lokasi memiliki deretan kafe Hipster yang beraneka susana yang perlu di cuba antaranya terletak di Plan B, antara lokasi yang dicadangkan oleh my travel buddy subhan untuk dikunjungi. Tarikan utama di sini sudah semestinya terdapat Kafe Hipster yang boleh dicuba para food lover, disebabkan percutian kali ini percutian budget kami tidak sempat merasai apa yang Hipster di Cafe Plan B. Sebenarnya di sini bukan hanya terdapat cafe tapi terdapat pelbagai lagi tarikan lain antaranya Yasmin At Kong Heng, gallery khas hasil karya Yasmin Ahmad, dan deretan kedai cenderamata. Plan B antara lokasi tempat berkumpul komuniti seni untuk bertemu.
Suasana meriah di Plan B, Ipoh Perak
Suasana di Plan B, di sini terdapat banyak kedai yang menjual hasil kraftangan yang super cool. Sekiranya korang mencari barangan antik & kraftangan yang comel dan unik ini antara sport yang boleh dilawati sekadar cuci-cuci mata pun boleh sebab deko di dalam ini sangatlah awesome perfect places untuk kaki-kaki selfie! Antara Kedai yang menarik perhatian sob dan korang perlu cuba ialah kedai yang menjual ais kepal dan tujuan utama sob ke sini nak mencari ais kepal yang top di Plan B tapi sayangnya sudah habis dijual.
Kedai menjual buku-buku lama, deco yang sangat stylo!
Nama pun tempat Hipster, jadi acara selfie secara berjemaah antara aktiviti wajib. Bagi korang yang sukakan photography inginkan suasana yang nampak cool dan lain-daripada yang Plan B antara lokasi yang rare wajib korang kunjungi!
3) Nasi Ganja Ipoh
Sekiranya bercerita mengenai tempat makan yang sedap, Ipoh juga tak kalah dengan pelbagai jenis makanan yang sedap terutama nasi ganja ataupun nasi Vanggey yang wajib dicuba apabila ke sini antara kedai Nasi Ganja yang agak popular ialah Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh.
Sekiranya korang hendak makan disini terpaksa beratur panjang menunggu turn sebelum boleh dapat tempat duduk, sama juga seperti restoran nasi kandar beratur di Penang. Tengoklah berapa ramai pelanggan yang sabar beratur untuk merasai kenakan nasi Ganja. Sebenarnya Restoran Yong Suan ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslim Yang berkongsi kedai dengan restoran Cina ini, manakala untuk bahagian minuman di buat oleh Owner Kedai. Terletak di Jalan Yang Kalsom untuk alamat restoran adalah seperti berikut :
Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak.
Nak lagi senang terus on waze taip nasi ganja atau kedai makan Yong Suan!
Menu berhantu yang wajib korang cuba ialah ayam masak merah, So far rasa nasi kandar di Yong Suan kena dengan selera sob sangat sedap terutama original ayam masak merah dan pelbagai menu lain yang korang wajib kena rasa.
4) Stesen Keretapi Ipoh
Taj Mahal Ipoh terletak di Stesen Kereta api Ipoh @ Ipoh Railway Station yang dimiliki oleh Stesen kereta Api Tanah Melayu yang masih berfungsi dan digunakan sehingga sekarang. Disebabkan keunikan dan kecantikan campuran seni bina Turkey Stesen kereta api ini juga turut digelar sebagai Taj Mahal oleh penduduk setempat Ipoh dan merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya.
Pada sebelah pagi tempat ini menurunkan pengguna kereta api dan merupakan antara laluan untuk Tren ETS. Pada sebelah malam pula di sekitar kawasan Stesen Kereta Api lebih hidup dan sangat meriah kerana menjadi tempat tumpuan pelancong atau penduduk ipoh untuk beriadah antara aktiviti yang menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade terutama pada hujung minggu

5 ) Taman Rekreasi Gunung Lang
Sebenarnya tempat rekreasi ini sob tak begitu cadangkan tapi alang-alang sudah sampai ke Ipoh apa salahnya singgah sebentar mengambil udara segar, apa yang menarik mengenai tempat ini tasik yang menghijau dikelilingi oleh gunung-gunung baru kapur antara tempat yang menarik untuk bersantai bersama keluarga, rakan-rakan atau untuk photoshoot perkahwinan. Cuma mohon untuk pihak pengurusan yang terbabit menyelenggara kawasan ini dengan lebih baik dan tersusun, sayang tempat yang cantik tapi tidak diuruskan dengan baik.
Sekiranya korang inginkan melakukan aktiviti yang mencabar diri sendiri dan menyeronokkan, Taman Tema Lost World Of Tambun antara destinasi pilihan utama buat buat para pengunjung melancong ke Ipoh. Taman teman ini antara lokasi wajib sob cadangkan untuk korang pergi kerana kunjungan korang ke sini sangat berbaloi!
Lost World Petting Zoo
Terletak di Sunway City Ipoh, Tambun, Lost World Theme Park merupakan tarikan cukup popular yang bakal menjadikan kunjungan anda penuh dengan pengalaman yang cukup menarik. Dikelilingi oleh gunung batu kapur yang berusia 400 ribu tahun, mempunyai kolam air panas yang tersendiri merupakan lokasi wajib dikunjungi sekiranya korang mencari lokasi percutian berkonsep eco-adventure! Taman ini juga terbuka untuk semua orang, tanpa mengira umur kerana terdapat pelbagai jenis permainan basah dan kering yang disediakan di sini mengikut tahap peringkat umur, kebolehan dan kesesuaian para pengunjung.
Suasana di dalam Lost World Of Tambun
Di sini terdapat beberapa zone yang dibahagikan meliputi Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Water Park, Amusement Park, Hot Spring & Spa dan Team Building Park yang menawarkan tahap keseronokan dan cabaran yang tersendiri, sangat sesuai untuk korang yang ingin melakukan pelbagai aktiviti sama ada untuk bersantai atau mencabar keberanian diri sendiri!
7) Kellie’s Castle
Dikenali juga sebagai Rumah Kellas sememangnya penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini, lokasinya yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah hanya 20 perjalanan daripada bandara Ipoh. Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu tapi bergantung kepada persepsi masing-masing bagi sob Kellie’s Castle sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta dan mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri.
Tersergam indah sebuah istana lama yang mistik penuh dengan kisah misteri suka dan duka, tapi pada masa sekarang lokasi ini antara destinasi pelancongan di perak yang menarik dilawati, sekiranya korang inginkan susana yang lebih menyeramkan dan mistik pastikan kunjungan korang ke sini pada waktu malam pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza! Terdapat juga ruangan kisah sejarah mengenai pemilik istana ni serta setiap ruang bilik disediakan papan tanda dan maklumat untuk pengunjung.
What's Awesome In Ipoh ?
What's Awesome In Ipoh! Bandar Ipoh sememangnya sangat awesome untuk diterokai penuh dengan pelbagai tarikan untuk dilawati pasti menjanjikan pengalaman bercuti yang cukup menarik, bandar yang dikelilingi gunung-ganang batu kapur ini, memang cukup mempesonakan untuk dilawati. Ipoh ternyata sebuah bandar lama yang cukup nostalgia dan bersejarah untuk dilawati.
banyak rupanya tempat menarik di ipoh ye
ReplyDeletebanyak lagi tapi kena rajin expore hehehe
DeleteBest2
ReplyDeletedekat ipoh ni bayak kafe hipster
Deleteklau kaki mkan memang best la nak try!
tula. ritu sempat terjah beberapa cafe hipstr kat ipoh
Deletepernah tengok wayang di ipoh lama dulu heh..heh..
ReplyDeletex sempat nak merasa tgok wayang kat pkan ipoh lama.. hehehe
DeleteNice one!
ReplyDeletethanks bro!
Deletebaru 2/7..stesen ketapi n kellie's castle...menarik jg Ipoh kan..
ReplyDeletehehehe lpas ni kena cover lgi 5/7 la sis ya :)
DeleteIngin rasanya melawat ipoh
ReplyDeleteMelihat gambar awak :)
Mural minuman dalam plastik bungkus ikat tepi itu sungguh hispter... hahah, nice :D
ReplyDeleteKat Perlis pun ada satu cafe hipster baru buka, Gerobok Montel namanya. Iced green tea matcha dia sangat sedap, nanti bila2 sis buat entry pasal cafe tu ;3
last weekend baru pas jalan² ipoh..i love this city♥ bab makan² tu antara part yg best jugak! hehe
ReplyDeletehari tu ada pi penang. otw blik tu masuk Ipoh semata pi try nasi vanggey tu..memang terbaik la. next plan memg nk jalan Ipoh plak
ReplyDeleteperak baru sampai tanjung malim..tu pun sebab study kat upsi..hehe
ReplyDeleterindunyaaa IPOH !! memang suka lepak sini. selain taman DR dgn padang polo :)
ReplyDeletetak pernah sampai ipoh lagi.
ReplyDeleteteringin nak pergi...
Awesome! beautiful photo I really like it ;P
ReplyDeletenice..
ReplyDeleteSimpan entri buat rujukan. Pnh g lost world ngn Kelly je. Pling tertarik nak g plan b. Tq utk info..
ReplyDeletedah lama tak pi ipoh sejak lepas graduate. banyak berubah dah ya
ReplyDeletetak sabar nak balik Ipoh.. hehe
ReplyDeletemacam2 benda nak terjah etc kedai makan
saya orang ipoh tapi bila balik kampung jarang la berjalan teroka tempat sendiri hihihi. next time kalau balik lama boleh teroka tempat sendiri pulak :)
ReplyDeleteBanyak tempat yang menarik di home town saya ni he he he...tapi ada juga tempat yang saya belum pernah pergi walaupun sepelaung je... :)
ReplyDeleteselama ni sis fikir gak , apa ada kat Ipoh . now , dah ada jawapannya ...
ReplyDeletememang menarik..harap dapat kesana satu hari nanti..
ReplyDeletemenariknya ipoh.. Kellie’s Castle tu mesti rasa seram.. pernah lalu, tapi tak pernah singgah pun..
ReplyDeletePerkongsian yg menarik..kami dah dua tahun study di upsi perak.but xde masa yg ssuai utk menjelajah perak lg..btw, ur blog sgt bgs n kbtln kami baru je plan nk ke ipoh next week..so, blog u blh jd our reference jgk la mmndgkn all of us are not perakians..
ReplyDeleteAda lg...ada rumah terbalik di jalan market dan tasik cermin...cuma tasik cermin ramai yg x tau sbb di btul2 dkt ngan kuil cina ke arah simpang pulai
ReplyDeleteAda lg...ada rumah terbalik di jalan market dan tasik cermin...cuma tasik cermin ramai yg x tau sbb di btul2 dkt ngan kuil cina ke arah simpang pulai
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Kalau selalu travel menggunakan bas atau KTM/ETS, boleh cuba tempah tiket awal dengan mudah di www.malaysiabus.com. Ada pelbagai jenis bas dan meliputi banyak laluan serata Malaysia.
ReplyDeletesemua nya tempat menarik.
ReplyDeletekalo naik ETS ke Ipoh ....tempat dekat2 nak jalan mane yer?
ReplyDelete