Assalamualaikum & salam ceria !
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang dikenali sebagai the twin peaks of Perak (K2) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak. Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 Meter dari paras laut melambai-lambai untuk didaki sehingga ke puncak. Sebagai anak jati Gerik sudah menjadi satu keinginan di hati untuk menjejakkan kaki ke atas Puncak Gunung Kenderong antara gunung tertinggi yang terdapat di daerah Grik, alhamdulillah pada 01/01/2016 - 03/01/2016 kami Team Bamboo Hikers #THSJ berjaya Menawan Gunung Kenderong. Gunung Kenderong boleh disifatkan treknya dagu bertemu lutut, panas dan trek yang agak mencabar daripada bawah sehingga ke puncak !
Ekspedisi Gunung Kenderong -The Twin Peaks Of Perak
01/01/2016 ( Jumaat )
Jumaat petang kami semua berkumpul setelah cukup line up seramai 8 orang iaitu Nasif, Amy, sob, Aburis, Din, Amalina, Jamilah, & Angah! selepas dibahagikan sama rata barang camping dan ration yang perlu dibawa setiap ahli kumpulan seterusnya pada pukul 5.30 pm kami semua menaiki lori menuju ke Kampung Pahat Dalam untuk menuju ke last water waterpoint (kaki Gunung Kenderong) untuk bercamping sebelum memulakan pendakian keesokannya. Sepanjang perjalanan akan melalui kawasan kebun getah dan terpaksa meredah trek yang dihalang oleh buluh-buluh besar yang banyak tumbang di sepanjang jalan di samping ranting-ranting dan duri yang boleh mencalarkan kulit sekiranya tidak alert dengan halangan di sepanjang laluan, anggaran perjalanan lebih kurang 1 jam 10 minit. Kitaorang terpaksa jalan agak jauh lori tak mampu hantar ke sedekat yang mungkin ke kawasan waterpoint disebabkan permukaan off-road yang berlubang dan jalan licin.
Melalui kawasan kebun getah terlebih dahulu, selain itu antara cabaran lain pokok-pokok buluh yang banyak di sepanjang jalan yang telah redah ke tanah antara halangan utama yang perlu ditempuhi.
Sungai kecil ini yang terletak di kaki Gunung Kenderong adalah satu-satunya waterpoint yang terdapat di sini.
Benda yang paling best makan ketika camping ialah meggi, thanks Amy sebab rajin masak untuk kami semua tengah-tengah malam, memang nikmat malam-malam buta dapat menikmati semangkuk maggi :P
Kami sampai ke waterpoint ketika waktu maghrib keadaan cuaca semakin gelap, seterusnya didirikan khemah dan fly untuk berehat dan memasak. Aktiviti pada sebelah malam dijalankan aktiviti santai-santai berkenalan antara satu sama lain terutama hiker yang pertama kali joint Bamboo Hikers iaitu amy dan along. Thanks zul menceriakan camping dengan game-game spontan daripada hang yang sememangnya menguji Pendengaran dan minda kami semua :P

Mengemas dan bersiap sedia untuk teruskan perjalanan ke Puncak Gunung kenderong
02/01/2016 ( Sabtu )
Mengikut plan asal, seawal pagi yang mungkin ingin terus meneruskan perjalanan mendaki ke puncak kenderong untuk mengelakkan cuaca panas tapi pada saat-saat akhir ada pertambahan peserta yang ingin mengikuti trips ini jadi pendakian bermula agak lewat sekitar pukul 12.00 tengahari.
Terima kasih Pakcik Man kerana menghantar June sehingga ke waterpoint, owh ya memandangkan gunung kenderong pernah terbakar sebanyak 2 kali jadi trek sangat tidak kukuh dan banyak batu-batu rapuh terbang ketika tengah mendaki. Sepanjang perjalanan akan menghadapi cuaca yang panas kerana tiada pokok-pokok besar di sepanjang perjalanan, pastikan korang membawa bekalan air secukupnya sekurangnya 3 botol besar 1.5 ltr setiap orang untuk kegunaan di puncak selain itu untuk mengelakkan stroke haba.
Trek yang tak bagi muka dari bawah sampai ke puncak, cuaca pula yang panas jadi jangan berharap di kemsite ada water point jadi sila lupakan impian dan angan-angan korang nak mandi manda, jadi pastikan air yang dibawa cukup kegunaan untuk naik dan turun :P
Awas terutama di bahagian nak sampai ke Checkpoint Balak dan Kem Solar, dimana trek di kawasan itu agak berbahaya dan agak tinggi perlu berpaut oleh kerana tiada pokok atau akar kayu yang betul-betul stabil atau kukuh untuk dipegang kesan daripada terbakar jadi banyak bergantung kepada rumput, akar kayu dan tali. Kebanyakan tali yang diikat sudah agak lama jadi pastikan tali itu betul-betul selamat sebelum berpaut dan perlu sangat berhati-hati kepada batu terbang kerana permukaan tanah di sini sangat rapuh dan digalakkan memanjat seorang demi seorang untuk mengelakkan batu terjatuh terkena rakan korang.
Batu terbang antara yang mencabar kesabaran selain daripada cuaca panas tambahan pula dengan beban yang dibawa ke puncak untuk bercamping, silap hari bulan sekiranya tiada komunikasi dan kesabaran memang boleh menyebabkan kecederaan. Sehingga ada team kami menggelarkan laluan ini trek taubat, kerana taubat lepas ni tak mahu repeat lagi gunung kenderong, perlu lebih berhati-hati di sini kerana gaung berada di kiri dan kanan
Keadaan tanah di sini yang tak stabil dan banyak batu kapur yang kecil yang mudah pecah jadi korang akan sentiasa dengar jeritan daripada kawan-kawan pendaki terdahulu di atas bagi warning 'batu terbang... batu jatuh..' memang tak dapat dielakkan dan untuk keselamatan dan memudahkan korang mendaki di kawasan ini sila bawa extra tali dan topi keselamatan yang bersesuaian sebagai sokongan untuk memudahkan perjalanan sampai ke puncak
Checkpoint Balak ( bukit tipu 2 ) kawasan ini agak lapang untuk berehat dari sini hendak sampai ke Kem Solar anggaran 20 minit dengan cuaca yang panas memang boleh pewai. Dari sini sudah boleh melihat view Pekan Gerik dan Gunung Kerunai dengan jelas dari sini.
Pewai-pewai jugak... tapi asal kamera on letih terus boleh hilang bila nak bergambar
Sepanjang laluan ke atas memang tak banyak kawasan lapang untuk take 5, laluan memang agak sempit jadi asal ada kawasan teduh yang redup ditutup oleh pokok-pokok kecil atau semak untuk korang rehat sebentar terutama dengan cuaca yang panas sekiranya first time hiking memang boleh mengalah dengan penanagan trek Kenderong yang panas, berdebu, batu terbang sekiranya tidak bersabar.
Di sini terdapat beberapa puncak tipu di mana korang akan jumpa sebelum sampai ke puncak jadi jangan tertipu dengan apa korang lihat jadi banyakkan bersabar bila rasa sudah dekat-dekat nak sampai puncak. Ok cukuplah sob cerita apa extreme mengenai trips mendaki Gunung Kenderong apa yang best view di sini memang cantik terutama ketika sunrise di awal pagi dan pada waktu malam kita boleh melihat view pekan Gerik dan sekeliling yang bercahaya daripada atas puncak cukup mempesonakan.
Disebelah sana boleh kelihatan Gunung Kerunai tapi untuk menaiki gunung kerunai melalui laluan yang berbeza, melalui di persimpangan y
korang boleh nampak pemandangan Pekan Gerik, tapi sayang kebanyakan pokok di sini terbakar jadi bila camping pastikan unggun api yang dibuat betul-betul terpadam atau jangan terus membuat unggun api disebabkan keadaan tanah disini.
Kesan-kesan terbakar yang boleh dijumpai boleh terasa bau-bau debu dan arang di sepanjang perjalanan, pastikan memakai sarung tangan kalau tidak memang di celah kuku-kuku penuh dengan kesan-kesan hitam :P
Di puncak tipu / Kem Solar, pendakian masih memerlukan 50 minit + untuk sampai ke atas di mana akan menjumpai Beirut usang di Puncak.
Terdapat dua lokasi yang sesuai untuk dijadikan kemsite untuk bercamping sama ada di laluan pertengahan gunung di Kem Solar atau di Puncak gunung. kami berkemah di Kem Solar kerana tapak kemsite disini agak luas dan keesokan harinya boleh slow hike menuju ke puncak gunung tanpa membawa bebanan. Disini akan menjumpai papan solar rasanya sudah tidak berfungsi lagi, dimana nama kemsite ini diambil dan digelar Kem Solar.
Dari sini hendak menuju ke Puncak Gunung Kenderong sudah tidak jauh lagi anggaran masa 40-50 minit. Selain daripada trek yang pacak 60-90 darjah terutama ketika menuju ke puncak dimana akan menjumpai lebih 3 puncak tipu, di setengah laluan terdapat struktur batu yang agak tidak kukuh, korang juga akan kerap dihinggap oleh lebah di setengah kawasan. Lebah-lebah di kenderong agak friendly mungkin juga kerana tertarik dengan peluh yang keluar tapi jangan risau lebah-lebah disini tidak menggigit cuma mungkin terasa agak terganggu ketika mendaki.
Jangan lupa hashtag #MakanBuahTembikaiDiPuncakGunung antara saat-saat yang paling dinantikan nikmat yang tak terhingga berehat sambil makan buah tembikai arh memang terasa sangat manis setelah seharian menghadap panas sambil angin gunung tiup sepol-sepol bahasa menikmati pemandangan sekeliling, sambil menunggu sunset menjelma memang layan sangat berbaloi mendaki.
Tempat penginapan 5 star, sambil tidur boleh kira bintang, sambil menunggu sunset munculkan diri di sebalik puncak gunung. Apabila disajikan dengan pemandangan yang indah secara automatic hilang rasa penat sambil melihat sunset turun di sebalik gunung
Menu pada malam itu agak istimewa iaitu sup sayur & air panas ! rasa berbaloi sangat pikul air banyak-banyak sehingga sampai ke kemsite dan segala jajan-jajan yang dibawa memang menjadi cukup nikmat untuk dimakan, berehat sambil bercerita moment-moment menarik terjadi semasa mendaki gunung kenderong banyak perkara-perkara lucu yang terjadi sepanjang perjalanan biarlah terus menjadi rahsia. Walaupun pewai aktiviti wajib main game tetap dijalankan cuma bezanya aktiviti kali ini lebih kepada aktiviti fun untuk mengurangkan rasa penat dan stress ketika mendaki pagi tadi dan seterusnya tidur untuk persediaan keesokan harinya. Suhu di kenderong agak sejuk jadi pastikan bawa kelengkapan yang sesuai untuk pastikan tidur korang lena tanpa gangguan :P
Sunrise baru nak menjelma pada pukul 6.40am, menunggu sunrise daripada pukul 6.00am sambil menikmati secawan air kopi panas :P
Selamat pagi Kenderong, sunrise dalam pukul 7.15 am. Perfect timing for welfie :P
03/01/2016 ( Ahad )
Walaupun kesejukan tapi kami semua tetap sabar menanti kemunculan sang mentari, naik tinggi-tinggi kalau tak tunggu sunrise muncul memang rasa tak lengkap, melihat pula cahaya-cahaya keemasan keluar disebalik awan kapet memang salah satu moment indah yang tak dapat dibayangkan, sambil itu angin menolak kabus datang berarak membadai muka perhh.. memang syiok sejuk dan menyegarkan.. :P
Disebelah kiri adalah Puncak Gunung Kenderong manakala di hadapan Gunung Kerunai.
Pemandangan dari gunung kenderong pada waktu pagi, view from Kem Solar
Group Photo #AwesomeTeam #BambooHikers sambil menggayakan puncak Gunung Kenderong.
Pemandangan daripada Kem Solar menuju ke Puncak Kenderong dimana disini korang akan berhadapan dengan 3 puncak tipu terlebih dahulu sebelum sampai ke puncak sebenar.
Perjalanan daripada Puncak Tipu ke 2 menuju ke puncak tipu ke 3 seterusnya barulah sampai ke Puncak sebenar. Macam mana darjah kecuraman dia memang rare kan, silap hari bulan mana yang ada masalah gayat memang boleh berpatah balik !
View from the peak, di sebelah atas akan kelihatan pemandangan 360 darjah yang cukup mengancam ! antaranya akan kelihatan Gunung Kerunai, Gunung Papulut, Pulut dan Pekan Gerik dan sekiranya bernasib baik boleh kelihatan gunung - ganang yang terletak di sebelah Thailand.
At the top Peak Mountain Kenderong, Alhamdulilah view memang belanja !
Setelah selesai makan, mengemas dan mengutip balik sampah untuk dibawa turun ingat apa yang dibawa ke puncak itu yang dibawa turun ke bawah take nothing but picture, leave nothing but footprint. Masa yang diambil untuk turun ke bawah lebih kurang 3 jam perjalanan cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari kem solar ke Checkpoint balak, awas kepada batu terbang, berkemungkinan batu akan jatuh ketika pijak oleh kita dan boleh mengundang bahaya kepada team lain yang turun terlebih dahulu. Ketika menurun memberikan cabaran yang berbeza daripada mendaki naik dan harus turun separuh demi separuh lineup atas faktor keselamatan.
Alhamdulilah sepanjang trips kenderong 1.0 kami ini semua berjaya turun dengan selamat walaupun ada a few team yang sedikit terjatuh tapi tidak serius cuma agak pewai kerana pertama kali berhadapan dengan trek Gunung Kenderong, kebanyakan menurun dengan cara bergelongsor untuk menampung beban berat yang dibawa sehingga ada yang terkoyak seluar selain itu kami telah mengikat tanda tali awas untuk panduan pendaki yang lain untuk naik, insyaallah mungkin dalam tahun ini juga akan ada trips kenderong 2.0 memandangkan banyak permintaan kawan-kawan untuk joint sekali, tarikhnya ? bukan pada waktu terdekat ini. Terima kasih kepada Pak Ngah, Pak long, Pak man yang banyak memberi tips dan panduan sepanjang pendakian kali ini.
Tepat pukul 11.00 am kami berjaya sampai ke water point untuk memasak, mandi-manda dan berehat sebentar dan seterusnya berjalan lagi menuju ke tempat di mana lori meninggalkan kami. Cabaran Gunung Kenderong bagi sob terutama kepada beginner, korang boleh lakukan tapi kena berhati-hati dan berazam untuk sampai ke puncak biarlah sesusah mana halangan yang ditempuh, jatuh ketika ontreck, cuaca panas, trek curam sekiranya bertekad pasti boleh lakukan untuk sampai ke puncak, bab kata Zul letih ke menagis macam mana pun kaki tetap kena langkah dan muka kena senyum selalu biarpun treknya lutut bertemu dagu :P
Gunung Kenderong, Gerik Perak
01-03 /01/2016
'Trips permulaan untuk tahun 2016
Yang penting Hiking Sampai Jadi'
assalam..pengalaman hebat n pic semanya cantik terutama view kala sunset.
ReplyDeletewasalam sis memang sangat berbaloi untuk didaki sampai ke puncak..
Deletedijamu pula dgn sunrise yng mngasikkan.. :) syukur
Traveling yang menarik
ReplyDeleteGunungnya pun cantik
:)
terima kasih..
Deleteada masa blehlah dtg mendaki :)
rasanya sayalah orang yang paling tak adventure sekali, nice view
ReplyDeletehehehehe.. slow kayuh mesti sampai ke ats..
Deletetq for reading :)
Seumur hidup..tak pernah panjat gunung. Masa belajar dulu, gi camping pun sbb kena paksa..haha
ReplyDeleteGambar2 cantik
hehehe.. tak pe lpas ni boleh la klau ada peluang
Deletebolehlag pergi memanjat pulak... memang best
Cantiknya gambar2 dengan ulasan yang menarik! happening sangatt nampak..
ReplyDeleteterima kasih dayah...
Deletehappy reading
Ekspedisi begini sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa kental. Sekalipun SP sendiri seorang anak kampung, aktiviti begini kurang diminati..
ReplyDeletehehehe itulah bagi yang berminat outdoor aktiviti mcm ni
Deletememng suka joint aktiviti hiking and camping..
satu kepuasan bila sampai ke puncak
indahnya pemandangan . terpesona sekejap tengok ...
ReplyDeletesuka pengalaman macam ni. tengok alam sekitar
ReplyDeleteBaca setiap perengan rasa mcm seronok lak. tp tu la kita ni baru try broga je pun da rasa payah. part nak naik ada tali jee. tu pun ada tali. track pun da tersedia. ni nmpk cm takde track kan... hopefully setiap dakian korang yg akn dtg dilindungi keselamatan baik2 yee :)
ReplyDeletehaihh memang terbaiklah..dapat tengok view lawa tu yang mahal tu...salute!
ReplyDeletesubhanallah.. pasti teruja melihat alam ciptaan Allah.. baru kak aiza tahu di grik ada tempat mendaki yang menarik begitu..
ReplyDeleteAda no guide?
ReplyDeletetak ada tuan.. kami pergi sendiri tanpa guidge
Delete013-4599815 sob
DeleteGunung ni bkan ke sbelah highway kupang-grik di kari kepala ikan salim kn?
ReplyDeletebetul tu bro..ni gunung yg kita boleh nampak dari higway kupang baling..
Deleteyap yang kari kpala ikan tu :)
Ptutla dekat nmpk..slalu blik klntn perasan tggi gunung tu.nmpk pkok2 jrang2 xtebal sgt hutan,search2 rupanya gunung ni pernah terbakar..tringin nk mndaki,tp xpernah plak mndki gnung,bru junior naik bukit sja haha
DeleteBtul ke blh nmpk jmbtan p.pinang dr puncak gunung ni?
Deleteorang local la ckp..depa pernah nampak dari puncak..jmbtan pulau pinang klau cuaca ok..n clear..owh.. klau berminat nak panjat gunung...roger2 la number.. klau ada trips sya bg tau bro...heheh :)
Deleteya gunung ni pernah terbakar 2 kali...so memnt kat atas puncak botak n panas.. btw klau lalujalan bling ke gerik..memng akan perasan gunung ni heheh :)
InshaaALLAH..ade rezeki stu hr join..bz keje jgak sush nkp mne2 trip.
DeleteGunung ni bkan ke sbelah highway kupang-grik di kari kepala ikan salim kn?
ReplyDeleteSalam. Ade buat trip nak hiking lagi tak gunung ni? Nak joinnn ! Ade contact number ?
ReplyDeleteboleh contact no ni 013-4599815
DeleteSpanjang trek dah siap marking ka bro..laluan trek bnyak ka 1 ja..
ReplyDeleteSalam. Sepanjang anda hiking di sana, ada local people mentioned berkenaan Gua Serendah tak? Difahamkan gua ini terletak berhampiran dua gunung ini, gng kenderong dan gunung kerunai. Cuma lokasi tidak diketahui.
ReplyDeletekalau nak pergi memang kena bermalam kat sana ke..kalau x nak bermalam sempat ke?
ReplyDeletesekarang nak buat daypack pun lepas..cuma klau nak lebis selesa nak tapau skali 2 peak kenderong n kerunai btter bermalam 2h1m
Deletebraper kos nk.join g sana?
ReplyDeletekelengkapan apa yg pling pnting kat sana?
ramai x pndaki yg lain?
bos boleh pm kita pasai ni
Delete0134599815 -ws
Salam tuan, cerita mmg best..doakan saya sampai ke puncak ni tahun depan😆
ReplyDeletecanteek..menarik...mmg d boom
ReplyDeletede psg cite2 nk ke K2
tqvm 4 d gud info
Thank you for this posting... Br la boleh imagine how the track looks like.
ReplyDelete