Meneroka Keindahan Air Terjun Putri Mandi | www.sobriyaacob.com

Wednesday, March 23, 2016

Meneroka Keindahan Air Terjun Putri Mandi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Air Terjun Putri Mandi terletak di kaki Gunung Jerai antara air terjun yang menawarkan pemandangan yang cukup cantik, lokasi yang sering dijadikan kawasan training @ jungle tracking dan lokasi riadah yang cukup popular di kalangan penduduk setempat kerana untuk sampai ke Air Terjun Putri Mandi korang perlu mendaki lebih kurang 3 km, melalui trek yang agak mencabar serta anggaran masa yang diambil sekitar 40 minit dimana ini antara lokasi yang amat sesuai untuk beriadah di hujung minggu.

Meneroka Keindahan Air Terjun Putri Mandi

Untuk sampai ke sini, korang boleh melalui Highway Plus Utara - Selatan, exit ke Gurun dan selepas tu boleh cari signboard menghala ke Hutan Lipur Titi Hayun, Yan Kedah, nak cara lagi senang boleh on Waze taip Hutan Lipur Titi Hayun. Jadi disini korang boleh park kereta dan ruang parking agak luas serta selamat untuk kenderaan seterusnya boleh terus menuju ke starting point utama untuk mendaki. Disini juga antara lokasi untuk mendaki Gunung Jerai yang ketinggian 1217 mtr melalui trek Tangga Kenari 1000 tahun.

Air Terjun Putri Mandi, starting point Hutan Lipur Titi Hayun, Kedah


Permulaan melalui trek yang landai dan layan

So far alhamdulillah mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak kering ketika ini, jadi kami semua terselamat daripada serangan pacat. Sebelum sob pergi ke sini ramai yang cakap bahawa Gunung Jerai antara kawasan yang sangat meriah dengan kehadiran pacat, syukur team kami tak kena seekor pun pacat gigit ketika waktu pergi dan balik,

Owh ya ini pertama kali Sob ke sini thanks Nazmi dan Hafiz menjadi petunjuk arah dan melayan aku, memang enjoy trips dengan korang hope lepas ni boleh pulak Panjat Gunung Jerai pulak ya.


Antara pokok-pokok besar yang boleh dijumpai di pertengahan jalan, Gambar di atas Sob rasa ini dari jenis Tualang, di dahan pokok ini boleh nampak bekas-bekas tangga yang dibuat oleh orang kampung untuk mengambil madu, tapi nampak sudah reput. Anggaran besar pokok ini sebesar 7-8 orang pemeluk orang dewasa. Tempat Wajib untuk selfie ! :P



Tahap kesukaran trek untuk menuju ke Air Terjun Putri Mandi, di permulaan korang akan melalui trek yang landai bersimen melalui kawasan dusun, seterusnya melalui trek hutan yang landai dan menjumpai pokok besar seterusnya akan melalui satu anak sungai dan start dari situ akan melalui trek yang agak mencanak mencabar memang sesuai untuk dijadikan lokasi untuk training naik bukit, turun bukit barulah sampai ke Air Terjun utama.

Tak perlu bawa air yang banyak sebab disepanjang jalan akan jumpa banyak punca air / mata air untuk refill botol korang. Anggaran masa kami trekking dari permulaan ke Air terjun mengambil masa lebih kurang 40 minit  bergantung kepada keadaan trek dan stamina.





Antara laluan-lauan trek yang kena lalui di sepanjang jalan memang layan tapi moment paling best dalam perjalanan pulang dari air terjun di pertengahan trek boleh jumpa burung enggang / hornbill secara live dari jarak yang dekat cukup besar dan cantik siap nampak berpasangan, pertama kali jumpa burung enggang yang bebas terbang dalam jarak dekat memang satu pengalaman yang cukup mengujakan.


Dari jauh dah boleh nampak air terjun, perh cukup cantik 

Akhirnya kami berjaya sampai ke sini Air Terjun Putri Mandi sangat berbaloi mendaki dan melalui trek-trek yang mencanak, keletihan terus hilang bila disajikan dengan pemandangan air terjun yang cukup memukau, ibarat pemandangan surga dunia :P

  What the view ! thanks allah, for the amazing view.. siap dari jauh boleh rasa the cool mist blowing dekat muka, memang sejuk dan menyegarkan.. kalau mandi mahu 5 minit dah menggigil rasa sejuk sampai ke tulang :P


Sob tak pasti ketinggian sebenar Air Terjun Putri Mandi, air di si agak tenang di sesetengah kawasan agak dalam dan air sangat sejuk, serius memang sejuk mandi manda 5 minit dah menggigil sampai ke tulang, memang best layan air terjun ni kawasan yang bersih dan terjaga.  Jadi musim-musim panas ni perfect places nak bersantai stop sebentar hiking gunung jom kita layan air terjun pulak :P


Selepas mandi manda dan makan-makan lebih kurang 2 jam, kami mula trekking turun balik ke starting point, alhamdulilah trips ke Air Terjun Putri Mandi berjalan dengan lancar. Apa yang menarik mengenai air terjun ini selain terkenal dengan kisah mistiknya, pemandangan air terjun yang tidak akan mengecewakan bagi sesiapa yang datang kesini, kawasan ini masih kekal terpelihara bebas daripada sebarang sampah sarap. Jadi harapnya terus kekalkan sampai bila-bila ingat your rubbish is your responsibility. 

Arhh... semasa tulis entry ini masih teringat-ingat lagi akan kesejukan dan kejernihan Air Terjun Putri Mandi :)



        ARTICLE BERKAITAN

30 comments:

  1. WAH DAH SAMPAI TITI HAYUN N AIR TERJUN PUTRI MANDI YA..INDAH SEKALI ALAM SEMULAJADINYA SEMOGA TERPELIHARA DRPD SAMPAH SARAP YG MENCEMARKANNYA...DAERAH ASAL KAK DI SITU JUGA.

    ReplyDelete
  2. Cantik air terjun tu, menakjubkan..

    ReplyDelete
  3. cantik air terjun nya...dah jejak kaki di Gunung Jerai..

    teringat kuih putri mandi..

    ReplyDelete
  4. blogwalking di malam hari, sekalian silaturahmi :)

    ReplyDelete
  5. rasa mcm dr highway akan nmpk air trjun tp tkpasti air trjun ni ke... sgt cntik. tak mandi ke? sbb ckp yg tak pasti tahap kedalaman air tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Highway tu air terjun sebelah Gurun.Kalau Air Terjun Putri Mandi ni akan nampak dari Jalan Raya sebelah Yan

      Delete
  6. Alam semulajadi yang sangat cantik. Boleh tahan jugak tinggi tempat air terjun tu

    ReplyDelete
  7. Subhanallah cantiknya air trjun ni

    ReplyDelete
  8. mmg cantik tempat tu . air pun jernih je . mesti sejuk tu kan . tapi , berhati2 dgn pacat !

    ReplyDelete
  9. Waw, air tenjunnya keren sekali ...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah bestnya dpt masuk hutan...dah 2 tahun tinggalkan bumi sarawak 2 tahun jgk xberpeluang luangkan masa dgn aktiviti mcm ni..rindunya!!

    ReplyDelete
  11. Woahhh... breathless views, very nice. Gigih korang trekking... ohsem ah *thumbs up* ;3

    ReplyDelete
  12. menarik tempat putri mandi ni...

    ReplyDelete
  13. wow cantiknyaaa !!! i loike waterfall.. pssst !! gambar dia pun skarang lawa lawa haih.. kipidap !!

    ReplyDelete
  14. salam sob,kalau nak tracking ni ada org guide tak?

    ReplyDelete
  15. 20 august ni ada trip hiking ke situ. kalau awak nak join, sila contact admin FB page NHC (Northern Hiking Community)

    RM per person termasuk guide, permit dan BBQ.

    ReplyDelete
  16. 20 august ni ada trip hiking ke situ. kalau awak nak join, sila contact admin FB page NHC (Northern Hiking Community)

    RM per person termasuk guide, permit dan BBQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naissaaa.. Cek yg dok dekat situ pun x pernah sampai lg..hahah

      Delete
  17. terimakasih bos infonya dan salam sukses

    ReplyDelete
  18. Kena ambik permit?
    Macam mana Nak minta permit?

    ReplyDelete
  19. baru je pi minggu lepas. dah ada sampah sarap dah.. sedih tengok..

    ReplyDelete
  20. Wah, ketinggiannya mungkin hampir 200m agaknya. Antara air terjun yang tertinggi di Malaysia. Tolonglah jaga kebersihan semua tempat yang anda pergi ya....

    ReplyDelete
  21. Betting on multiple payline significantly will increase your 1xbet odds of winning. There isn't any sure method of telling when a slot machine is about to hit. Slot machines are governed by Random Number Generators, which ensure a completely unpredictable consequence each time you spin the reels. The best method to improve your chances to win at slots is to ask the best questions and search for the best numbers. There are not any simple hacks, slots ideas or tricks to winning on slot machines.

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.