Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gunung Bubu yang terletak di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak, berketinggian 5436 ft (1657 meter) antara gunung yang cukup terkenal kerana mempunyai pelbagai 1001 kisah misteri dan merupakan gunung yang kaya dengan pelbagai khazanah alam yang tersendiri, Gunung Bubu antara gunung yang diberikan gelaran 'gunung pacat' ya ini bukan sekadar mitos semata-mata, kerana sepanjang trips ini berlangsung memang sob tak nafikan dengan kehadiran jumlah pacat yang agak luar biasa pelbagai saiz dan warna terutama semasa musim hujan dan antara lokasi yang telah dikenal pasti di sepanjang laluan dari persimpangan masuk sehingga menuju ke Sungai Gading / Sungai Y.
Untuk ekspedisi kali ini tempoh masa yang diambil untuk mendaki Gunung Bubu adalah selama 2 hari 1 malam, seramai 9 Orang line up terdiri daripada Bro Dean, Naz, Fikri, Sob, June, Jaja, Vien, Shima dan Kak Adeline dari team #agarashikers dan dibantu oleh seorang juru pandu iaitu En Jun. Pendakian kami bermula dari Hutan Lipur Ulu Kenas dan pintu masuk menuju ke trek utama terletak di sebelah Kem Bina Negara Ulu Kenas, di mana perjalanan menuju ke puncak Bubu boleh dibahagikan kepada beberapa state / checkpoint

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak

Rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan daripada jalan balak utama, dari sini korang akan nampak satu lorong kecil di sebelah kanan ada ditandai dengan tali awas, dimana itu adalah trek yang seterusnya untuk menuju ke Sungai Gading / Sungai Y
Hari Pertama (20 Feb 2016 )
Peringkat 1: Memulakan perjalanan daripada Kem Bina Negara, ini merupakan Pintu masuk menuju ke jalan utama dimana trek nya bekas jalan balak di pertengahan perjalanan akan menjumpai stesen lama hidro elektrik mlik TNB (pump house) teruskan perjalanan sehingga korang melihat melihat jalan kecil/ lorong di sebelah kanan, ada tanda yang diikat dengan tali awas, sila terus ke sebelah kanan ini merupakan trek berikutnya untuk menuju ke checkpoint seterusnya iaitu sungai Gading. Anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit

Dari simpang menuju ke sebelah kanan korang akan melalui beberapa buah anak sungai kecil atau air terjun yang bersaiz sederhana yang agak cantik sebelum sampai ke Sungai Gading,
Peringkat 2:Dari jalan simpang sebelah kanan menuju ke Kem Site Sungai Gading tempoh masa yang diambil adalah selama 50 minute, dimana sepanjang perjalanan korang akan melalui beberapa buah anak sungai dan air terjun yang bersaiz kecil dan sederhana, keadaan trek pula agak mendatar dan landai tapi yang menariknya di laluan inilah antara laluan yang cukup nostalgia buat para pendaki yang berkunjung ke Gunung Bubu antara laluan untuk menderma darah secara percuma kerana banyak pemangsa menanti kehadiran korang! untuk didermakan darah pada En Pacat, sebenarnya kehadiran pacat di sepanjang jalan menambahkan lagi keseronokan untuk mendaki apalah sangat kaki digigit pacat kalau dah minat mendaki isu pacat tu just are small matter bro. gentel-gentel lepas tu jentik bukan :P
Ok bagi korang yang agak geli dengan pacat bolehlah bersedia terlebih dahulu bagaimana cara-cara hendak mencegah atau mengurangkan gigitan pacat semasa mendaki di Bubu. Ini antara tips yang sob rasa korang boleh practice kan antaranya sila pakai seluar tigh panjang dan masukkan ke dalam stokin, gunakan stokin yang panjang dan tebal lagi bagus stokin anti pacat,boleh letak air tembakau di sekitar kawasan yang mudah dinaiki oleh pacat dan antara cara yang paling berkesan kami gunakan untuk elakkan gigitan pacat cara yang mudah dan melibatkan kos yang murah ialah korang boleh menggunakan sabun 666 yang warna hijau tu, dimana letakkan atau lumurkan sabun itu di sekeliling seluar dan permukaan kasut.
Ok bagi korang yang agak geli dengan pacat bolehlah bersedia terlebih dahulu bagaimana cara-cara hendak mencegah atau mengurangkan gigitan pacat semasa mendaki di Bubu. Ini antara tips yang sob rasa korang boleh practice kan antaranya sila pakai seluar tigh panjang dan masukkan ke dalam stokin, gunakan stokin yang panjang dan tebal lagi bagus stokin anti pacat,boleh letak air tembakau di sekitar kawasan yang mudah dinaiki oleh pacat dan antara cara yang paling berkesan kami gunakan untuk elakkan gigitan pacat cara yang mudah dan melibatkan kos yang murah ialah korang boleh menggunakan sabun 666 yang warna hijau tu, dimana letakkan atau lumurkan sabun itu di sekeliling seluar dan permukaan kasut.
Mengikut rekod yang terdapat di buku Keluar Masuk Ke Gunung Bubu, untuk tahun tahun 2016 kami merupakan group yang pertama sekali masuk dan trek ini tidak pernah dilalui oleh mana-mana group lebih daripada 1 tahun (Group yang masuk tanpa permit kami tak tahu la ya) jadi bayangkan keadaan trek yang perlu dibuka, ditebas semula kerana banyak jalan sudah ditutup oleh semak dan pokok-pokok yang tumbang,

Salah satu air terjun yang bersaiz sederhana yang korang akan jumpa, Anggaran masa perjalanan untuk Sampai Ke sungai Gading dalam anggaran 50 minit


Sungai Gading @ Campsite Sungai Gading
Sungai Gading selalunya menjadi lokasi untuk para pendaki berehat sebentar untuk membuang pacat dan makan tengahari, disini terdapat sungai yang sangat sesuai untuk mandi manda dan ber camping Sementara menunggu makanan siap dimasak boleh lah korang berendam sebentar untuk sejukkan badan sebelum untuk meneruskan perjalanan untuk menuju ke kemsite Ulu Sungai Gading merupakan campsite yang terletak betul-betul di kaki Gunung Bubu. Selalunya bagi yang membuat trips selama 3h2m di sini merupakan lokasi perkemahan untuk hari pertama di sini terdapat kemsite untuk berkemah yang agak luas. Ok apa yang best mengenai sungai Gading atau ada yang panggil sungai Y selain dari air sungai yang sejuk dan jernih di sini juga terdapat banyak ikan-ikan yang korang boleh jumpa tapi yang bestnya ikan kat sini jinak-jinak terutama ikan tengas. Bayangkan letak kaki untuk rendam pun ikan datang gigit-gigit manja kalau mandi sambil bawa roti bagi ikan makan lagilah berderu ikan datang ke kita... memang layan beb !

Salah satu pokok besar yang korang boleh jumpa dalam perjalanan menuju ke next kemsite Ulu Sungai Gading
Peringkat ke 3: dari Sungai Gading menuju ke kemsite Ulu Sungai Gading tempoh masa yang diambil lebih kurang 2j 40m dimana korang akan melalui jalan permatang, di sepanjang jalan akan melalui trek yang agak mendatar, rasanya nak jumpa trek yang agak berbukit sedikit pun agak susah, perjalanan mungkin agak membosankan tapi tak meletihkan dan tak perlu untuk menggunakan banyak tenaga di sepanjang perjalanan. Kami sampai ke kemsite Ulu Sungai Gading sudah lewat petang dalam pukul 6.45 pm dan keadaan di dalam hutan sudah mula gelap. Saiz Kemsite Ulu Sungai Gading agak kecil dan terdapat anak sungai berhampiran, so agak mudah untuk mandi dan kegunaan memasak

Seperti biasa dirikan khemah dan tempat untuk memasak sebelum hari gelap, menu pada hari pertama agak mewah bak kata para hikers "pikul macam hampa, makan macam raja" ayam goreng, masak merah, masak lemak sayur pucuk, sambal ikan bilis, lepas tu konsep makan gaya raja eh bukan gaya Bulldozer, makan berhidang dan makan beramai-ramai sekiranya nak meriah lagi keadaan yang letih penat seharian berjalan bolehlah adakan sesi suap menyuap macam pengantin baru, romantik bukan? tiba-tiba berselera makan bertambah-tambah :P
Memang tak dinafikan Gunung Bubu memang sering dikaitkan dengan mitos kisah mistik, memang ada di antara team member kita yang merasai sendiri, tapi biarlah kisah itu menjadi kenang-kenangan untuk kami semua, kita perlu ingat yang kita hidup di dunia ini kita berkongsi dengan makhluk allah swt yang lain, jadi sentiasa menjaga adap dan kelakuan kita tak kira sama ada berada di dalam hutan atau di mana sahaja.
Hari Kedua (21 Feb 2016)
Hari kedua di Gunung Bubu, mengikut perancangan asal kami akan bergerak seawal pagi untuk sampai ke puncak untuk mengejar sunrise. Pukul 4 pagi semua sudah bangun, bersarapan dan bersiap-sedia serta di berikan sedikit taklimat khas mengenai pendakian kali ini tepat pukul 5am kami bergerak dan disinilah barulah bermulanya cabaran yang sebenar untuk mendaki Gunung Bubu, keadaan trek pada permulaan agak mencanak selepas itu ada sedikit landai dan seterusnya mencanak terus ke puncak, Tempoh masa yang diambil lebih kurang 2 jam untuk sampai ke LWT, dimana ini merupakan lokasi terakhir untuk refill air minuman korang dimana disini terdapat punca air. Kami berhenti rehat dan solat di sini syukur alhamdulillah walaupun tidak sempat sampai ke puncak tinggi Gunung Bubu untuk melihat pemandangan matahari terbit tapi kami masih berpeluang untuk melihat di Last water point ( LWT ) dimana sunrise di Gunung Bubu memang tidak mengecewakan, tak percaya sila layan gambar sunrise di bawah.
Know where to find the sunrise and sunset times and note how the sky looks at those times, at least once (unknow) amazing view right, syukur !
The team #agarashikers, Bro Jun yang pakai baju hitam, very good guide sangat recommended friendly and helpful ")
So far masa kita orang banyak dihabiskan dekat sini, berselfie..berselfie dan berselfie lagi eh bukan menikmati keindahan alam, reduse balik tenaga sebelum terus shoot ke peak Bubu dari campsite Ulu Gadig menuju ke LWP mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini dan masih berbaki lebih kurang 2 jam untuk mendaki untuk sampai ke puncak tertinggi Gunung Bubu
Antara rintangan yang perlu ditempuh untuk menuju ke peak
Mossy Forest Di Gunung Bubu
Perjalanan daripada LWP menuju ke peak agak santai, trek agak mencanak dan di sepanjang perjalanan akan disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik selain itu akan menjumpai banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang menarik seperti periuk kera, strawberry liar, orkid, lumut dan kulat, untung bila ada geng forest yang joint group kita sekali mendaki banyak info tumbuhan-tumbuhan kita dapat kenal . Suhu untuk menuju ke peak agak nyaman dan sejuk.
Laluan untuk ke puncak yang agak berlumut, cantik. Periuk Kera, pelbagai saiz boleh dijumpai
Pokok besar ini antara tempat yang wajib untuk berhenti untuk berwefie :)
Tepat pukul 11 am kesemua team agaras berjaya sampai ke Puncak Gunung Bubu, tahniah semua! Puncak Gunung Bubu ( 5437 ft ) berjaya ditawan, syukur alhamdulilah :P
Ok secara keseluruhannya pendakian pada kali berjaya kesemua lineup seramai 9 orang berjaya sampai ke Puncak Gunung Bubu, sepanjang pendakian tidak berlaku apa-apa masalah semuanya boleh diselesaikan dengan kerjasama sesama ahli kumpulan kecuali kecederaan biasa seperti terseliuh sedikit dan beberapa team agak pewai ketika pulang, alhamdulillah kami semua seramai 9 orang pendaki berjaya menjejakkan kaki dengan selamat di atas puncak gunung ini tepat pada jam 11 am pada tarikh 21 Feb 2016. Kumpulan pendaki terakhir selamat turun kembali ke Hutan Lipur Ulu Kenas lebih kurang jam 9.30 malam. Alhamdulillah semua selamat sampai kembali ke Pintu Rimba Ulu Kenas, berehat, makan dan seterusnya kembali ke destinasi masing-masing. Ekspedisi mendaki Gunung Bubu, satu pengalaman yang cukup indah lagi berharga apabila di lalui bersama buddy yang sekepala, thanks geng! i believe Happiness is a journey, Not a destination..
Sobri yaacob
#The Agarasian
best tengok sunrise dalam hutan... aman
ReplyDeleteSelama hidup, tak pernah panjat gunung...huhu
ReplyDeleteGambar sunset and sunrise memang terbaik lah..
cantik air terjun tu..
ReplyDeletebaru aku tahu ada nama tempat ulu kenas nie...menarik gak aku tengok perjalanan sepanjang mendaki gunung nie..tapi yang paling mahal skali gambar tgh makan ramai2 dalam khemah..mahal experience tu..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
singgah blog bro teringin nak mendaki semula
ReplyDeleteMendaki gunung penuh cabarannya tapi dpt menikmati keindahan alam semulajadi yg tenang nyaman...
ReplyDeletetahniah Sobri....kalau kata dah minat hiking ni yang mencabar lagi menarik kan?
ReplyDeletebestnya bila ada ikan gigit kaki....teringat zaman duk kampung dulu
ReplyDeleterajinnya naik gunung, saya ni tak berani
ReplyDeletetengok air terjun sungai tu bestnya.. nak hiking tu yang eerk ehehe..
ReplyDeleteBoleh bg nombor encik jun?
ReplyDeleteCerita la hal mistik tu haha
ReplyDelete