tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh, hati saya rindu"
Ah cukup berhantu lagu ni, antara rangkap lagu yang kerap bermain-main di fikiran sob sepanjang pendakian ini berlangsung terutama pada hari kedua ketika berada di sayap-sayap menuju ke low Peak ketika Mission Summit Attack, syukur walaupun dilanda angin kuat seketika di pertengahan perjalanan dengan keadaan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 3800 meter, puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada dihadapan angin yang kuat dan hujan ketika itu membuatkan kami semua berhenti seketika berlindung disebalik-balik batu besar dan ada juga beberapa pendaki yang lain mengambil keputusan untuk berpatah balik. Di saat itu kekuatan mental dan fizikal memang cukup memainkan peranan hanya tekad dan keinginan yang tinggi membuatkan sob tetap melangkah dan melangkah sehingga ke kemuncak !
Pesona keindahan mendaki Gunung Kinabalu tak pernah mengecewakan, di sepanjang jalan menuju ke puncak akan melalui landskap hutan yang pelbagai daripada hutan tropika ke mossy forest seterusnya deretan pohon-pohon bonsai menunggu di Bonsai Garden dan akhir sekali ketika mendaki di atas aras 3000 meter ke atas satu perasaan takjub teruja meresap di dalam jiwa apabila melihat pelbagai bentuk formasi batuan besar di puncak sambil dilitupi dengan awan-awan kapet. memang cukup memukau mata yang melihatnya. Pernah dengar mengenai kisah dongeng tentang negeri di atas awan sekiranya diterjemahkan di dunia nyata puncak gunung kinabalu adalah salah satu tempatnya.
Alhamdulilah syukur Puncak tertinggi di Malaysia dan merupakan puncak tertinggi di Tanah Borneo berjaya ditawan. Memang benar ramai yang menyatakan tidak begitu susah untuk mendaki gunung kinabalu semuanya sudah tersedia lengkap, tak perlu membawa peralatan mendaki dengan banyak cukup pergi dengan kelengkapan mendaki yang minimun, ya betul sob setuju halangan utama mendaki gunung kinabalu bukanya terletak di treknya, perlu membawa bebanan yang berat ketika mendaki atau ketinggiannya gunung nya tapi cuaca memainkan peranan yang penting sejauh mana kita telah bersedia atau merancang faktor cuaca menentukan sama ada berjaya sampai ke puncak atau tidak.
Gunung Kinabalu - Puncak Tertinggi Malaysia
Alhamdulilah syukur Puncak tertinggi di Malaysia dan merupakan puncak tertinggi di Tanah Borneo berjaya ditawan. Memang benar ramai yang menyatakan tidak begitu susah untuk mendaki gunung kinabalu semuanya sudah tersedia lengkap, tak perlu membawa peralatan mendaki dengan banyak cukup pergi dengan kelengkapan mendaki yang minimun, ya betul sob setuju halangan utama mendaki gunung kinabalu bukanya terletak di treknya, perlu membawa bebanan yang berat ketika mendaki atau ketinggiannya gunung nya tapi cuaca memainkan peranan yang penting sejauh mana kita telah bersedia atau merancang faktor cuaca menentukan sama ada berjaya sampai ke puncak atau tidak.
Tak terlintas di fikiran sob dapat mendaki Akinabalu dalam masa terdekat ini sebelum ini ada pernah merancang untuk mendaki gunung yang menjadi idaman setiap pendaki untuk menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Malaysia, tapi apakan daya kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan trips sebelum ini terpaksa dibatalkan pada saat akhir disebab tarikh slot yang di inginkan sudah habis di book walaupun sudah merancang lebih dari setahun. Tetapi rezeki daripada Allah siapa tahu dimana seminggu selepas itu sob menerima whatsapp dari kawan yang open trips kawan-kawan untuk mendaki kinabalu dimana trips ini sepenuhnya diuruskan oleh kawan yang bekerja di Sabah, jadi segala kos hantaran yang ditanggung adalah sangatlah berpatutan.
2 Januari 2017
Seawal pagi sob dah tersedar daripada tidur dari katil sambil duduk termenung seketika sementara menunggu sunrise, di sabah pukul 6 pagi sudah cerah tidak seperti di semenanjung sekiranya lambat bangun pastinya matahari terbit mengucapkan selamat tinggal. Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba Gunung kinabalu sudah berada di depan mata hanya menunggu masa untuk didaki. Trips mendaki gunung kinabalu kali ini hanya melibatkan 4 orang jejaka terhensem di malaya iaitu Sob Din Naz dari semenanjung dan Tengku Mizan local sabahan dan pastinya tidak meriah pendakian tanpa adanya YL, walaupun hanya sekuntum itu sudah cukup memeriahkan susana pendakian iaitu Cik abil jadi keseluruhan lineup yang mendaki bersama seramai 5 orang dan seorang penunjuk arah Mr Fadley.
Menunggu Sunrise, sebelum bergerak menuju ke Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran masuk untuk mendaki.
Ok Sedikit Info Untuk Mendaki Gunung Kinabalu
Untuk pengetahuan hampa semua, Gunung Kinabalu merupakan diiktiraf sebagai salah satu World Heritage Site oleh UNESCO di Malaysia jadi untuk mendaki disini. Untuk mendaki disini harus menempah slot lebih awal 6 bulan kerana ada kuota pendakian setiap hari yang dibenarkan. Semua pengurusan bermula daripada daftar masuk, penginapan dan makanan semuanya diuruskan dengan cukup baik dan professional.
Peralatan yang perlu dibawa ? bermula daripada tempat penginapan sehinggalah makan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan jadi tak perlu untuk hampa membawa ration, sleeping beg atau khemah cukup sekadar beberapa helai pakaian untuk panaskan badan, jacket, windbreaker, buff, sarung tangan cukup penting kerana suhu di puncak sejuk, headlamp, tongkat, camera, kasut, botol air boleh disisi di setiap checkpoint menuju ke puncak
Biasanya para pendaki yang mendaki di sini selalunya akan menginap campsite di Laban Rata yang berketinggian 2972 Mtr, cukup tinggi terdapat beberapa tempat untuk menginap semuanya mengikut pakej yang diambil, yang pasti pemandangan daripada sini cukup memukau!

Dalam perjalanan menuju ke starting point Timpohan Gate
kami memilih untuk naik & turun daripada Timpohon dimana masa pendakian yang diambil lebih pendek dan laluan trek yang lebih mudah daripada menggunakan laluan Marsilau. Ok semua urusan pendaftaran sudah selesai sebelum memulakan pendakian checking beg dulu lagi sekali semua barang sudah ada lengkap, lebih kurang Pukul 10.00 pagi kami memulakan pendakian menuju ke Kemsite Laban Rata !
Bismillahirohmanirohim, semoga dipermudahkan urusan pendakian kami semua.
Perbezaan antara laluan dari Timpohon Gate dan Mersilau adalah:
Laluan dari Timpohon menuju ke Laban Rata lebih pendek dan mudah berbanding laluan dari Mersilau yang lebih mencabar, jauh dan jalan disekitar laluan ini agak licin dan curam. Kalau hampa naik dari Timpohon Gate hampa cuma dapat 1 sijil, iaitu sijil sebab berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu. Tapi sekiranya naik dari Mersilau akan mendapat dapat 2 sijil iaitu sijil sebab berjaya naik dari Mersilau dan sijil sebab berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu
Jom mulakan pendakian
Pendakian kami melalui Timpohan Gate akan melalui hutan biasa dimana suhu agak dingin kerana telah memulakan pendakian di ketinggian 1866 Mtr dan semakin tinggi kita mendaki landskap hutan juga turut berubah daripada landskap hutan tropika ke hutan mossy seterusnya deretan pohon-pohon bonsai menunggu di Bonsai Garden dan di atas sekali laluan berbatu di Puncak
Seperti mana-mana gunung di saat memulakan pendakian semuanya masih 'ok' masih bertenaga masih bersemangat penuh dengan gelak ketawa sehinggalah sampai di saat apabila 'pewai' mendatang baru hang tahu langit ni tinggi ke rendah, sob percaya mendaki itu mengajar kita semua mengenal batas-batas dan kemampuan diri bukanya untuk kita untuk mencabar alam. Alhamdulilah sepanjang mendaki gunung kinabalu tak adalah masalah dihadapi semuanya berjalan lancar, tiada kecederaan mungkin sebulan sebelum mendaki aktiviti mendaki Gunung Baling, Gunung Pulai, Gunung Kenderong, Gunung Kerunai & Gunung Pulut banyak membantu kecuali faktor cuaca dan suhu yang tidak dapat dijangka antara cabaran yang perlu dihadapi disini.
Di laban Rata Rest House & Restaurant Laban Rata
Target utama kami semua pada hari pertama adalah untuk sampai ke Laban Rata sebelum waktu dinner dan diingatkan harus sampai ke sini sebelum pukul 6.00 pm untuk mengelakkan makanan habis kerana makanan dihidang ala-buffet. Kemsite yang berketinggian 3272 mtr biasanya masa pendakian yang diambil lebih kurang 3 - 7 jam bergantung kepada stamina. Sebelum mendaki dimulai dengan bacaan doa, semoga semuanya selamat ketika perjalanan mendaki dan turun terutama selepas kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Paling penting lakukan sedikit senaman untuk panaskan badan ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan ketika mendaki. Sebelum sob terlupa sebelum memulakan pendakian hampa perlu tandatangan senarai nama di Timpohan Gate dan juga selepas turun selesai mendaki.
Keadaan laluan trek yang kebanyakan 'bertangga'
Untuk menuju Laban Rata Camp, hampa akan menjumpai 10 pondok iaitu Timpohon Gate – Pondok Kandis – Pondok Ubah – Pondok Lowii – Pondok Mempening – Layang-Layang – Villose – Paka Shelter dan sampailah di Laban Rata Camp.
Setiap pos atau pondok berjarak kurang lebih 0,5-1 km dimana korang akan menempuh jarak perjalanan lebih 6 kilometer dari Timpohon Gate sehingga ke Laban Rata. Paling best di setiap pondok akan menjumpai toilet, dan punca air jadi hampa tidak perlu bawa air berliter-liter dari bawah, bagi sob cukup bawa sedikit energy bar untuk mengalas perut ketika lapar dan refill air di setiap Pondok yang sumber terjamin bersih.
Pada mulanya kami semua bergerak bersama-sama dalam satu kumpulan disebabkan laluan menuju ke Laban Rata sangat jelas dan biasanya akan berselisih dengan banyak pendaki lain dan porter jadi tak ada masalah sekiranya hampa ingin bergerak dahulu, di pertengahan perjalanan kami berpecah kepada dua group dimana group pertama Abil, Naz dan Aizam sampai ke laban rata terlebih dahulu, gila tak padu Aizam mendaki Gunung Kinabalu lebih 8 kali dan pernah mendaki daypack ke puncak Akinabalu memang cukup power! Abil dan Naz pula menggunakan konsep mendaki 'menggunakan kuasa kuda' :P Manakala Sob dan Din mengambil pendekatan mendaki secara slow and steady sambil menikmati setiap pemandangan di sepanjang Perjalanan cuma di dalam perjalanan daripada Pondok Villosa menuju ke Laban Rata hujan lebat dan cuaca berkabus mengiringi perjalanan kami.
hujan lebat dan cuaca berkabus mengiringi perjalanan sob Ke Kem Site Laban Rata

Mengisi masa lapang, sementara menunggu buffet 'open'
Alhamdulillah setelah lebih kurang 6 jam masa pendakian dengan jarak 6 Kilometer perjalanan sob sampai di Laban Rata pada pukul 3.30 Pm dan ini bermakna masih ada 1 jam untuk menunggu sebelum waktu lunch pada pukul 4.30 Pm dan buffet berakhir lewat pukul 6.00 pm. Konsep makan disini adalah buffet style sama ada pada waktu tengahari, petang & awal pagi jadi hampa boleh makan sebanyak mana yang hampa mahu yang pasti harus makan makanan yang bertenaga dan tidak berlebihan untuk misi summit attach untuk kesokan harinya. So my favorite of course spaghetti, sauce dia memang cukup terangkat :P
Suasana Petang di Laban Rata, hujan dan berkabus
Setiap pendaki diwajibkan untuk bermalam di Laban Rata bagi membolehkan badan menyesuaikan diri dengan paras ketinggian sebelum menyambung lagi pendakian sejauh 2.5km (Summit Attack) ke puncak Gunung Kinabalu (Low’s Peak) di ketinggian 4095.2 meter dari paras laut pada kesokan harinya. Konsep penginapan di sini adalah berbentuk Dorm dimana tempat tidur campur diantara lelaki dan perempuan jadi sekiranya hampa bernasib baik dan ada kekosongan akan mendapat bilik penginapan yang sama untuk satu team, tempat tidur sangat selesa terasa cukup mewah aura suasana pendakian mendaki Akinabalu selalunya tidur di dalam khemah atau ground ber sempit-sempit sedar-sedar bangun tidur dan basah seluar atau baju kesan air menyerap masuk di bawah khemah. Tapi cabaran paling besar stay dekat sini adalah air untuk mandi, basuh muka fuhh cukup sejuk menggigil satu badan :P

Selepas selesai sarapan pagi, menunggu masa pintu Gate pendakian dibuka pada pukul 2.30 am
3 Januari 2017
Lebih kurang pukul 1.00am, sob telah terjaga daripada tidur apabila terdengar beberapa orang pendaki sedang bersiap sedia untuk sarapan sebelum mission summit attach. Kami semua bersiap-siap sedia packing apa barang yang patut untuk dibawa ke puncak, terlebih dahulu wajin bersarapan untuk mendapatkan tenaga sebelum meneruskan pendakian untuk sampai ke Puncak Gunung Kinabalu dan ini merupakan detik penentuan sama kami semua berjaya menjejakkan kaki ke Puncak Akinabalu atau tidak, syukur walaupun semalam hujan lebat sepanjang malam tapi pada pagi subuh keadaan cuaca agak baik dimana hujan lebat sudah berhenti.
Selepas bersarapan Fadly memberikan sedikit briefing mengenai laluan perjalanan untuk menuju ke puncak. Waktu pelepasan mendaki ke puncak akan dibuka jam 02.30am dimana di Gunung Kinabalu ada peraturan khusus tentang Cut Off Time yang perlu diikuti oleh setiap pendaki. Jarak dari Laban Rata ke Low’s Peak sekitar 3 KM dengan ketinggian 1123 meter. Ini bermakna kita akan menjumpai satu pos sebelum ke puncak iaitu Pos Sayat-Sayat. Cut Off Time untuk tiba di Pos Sayat-Sayat adalah jam 5 pagi. Jika lewat dari COT, kita tidak dibenarkan lagi untuk mendaki menuju ke puncak dan harus dingatkan bahawa harus sampai ke summit low peak sebelum pukul 7.00.am. Sekiranya pendakian hampa masih jauh dari puncak guide akan menyuruh para pendaki untuk berpatah balik turun atas faktor-faktor keselamatan
Kami memulakan pendakian ke Puncak Kinabalu pada pukul 3.10am pada ketika itu cuaca sungguh cantik sehingga boleh nampak dengan jelas taburan bintang di angkasa cukup memukau mata yang memandang, selangkah demi selangkah kami menaiki tangga mengikuti laluan yang telah disediakan dimana kami membuat keputusan untuk berjalan dalam satu kumpulan sekiranya terpisah kami akan menunggu team yang lain di Pos Sayat-sayat. Perjalanan menuju ke Sayat-sayat tidak begitu jauh mengambil masa anggaran 1 jam pendakian, alhamdulilah syukur kami semua tidak terkena symptom AMS (Acute Montain Stickness) walaupun kadar oksigen semakin berkurang dan nipis salah satu serangan yang ditakuti oleh para pendaki merupakan tindak balas terhadap oksigen yang sedikit di tempat tinggi dimana tekanan atmosfera yang kurang dan paru-paru secara tidak langsung akan sukar untuk menyerap oksigen, ada juga kes jika ditahap yang teruk AMS boleh mengakibatkan maut.
Lebih kurang pukul 4.15am kami semua berjaya sampai ke Sayap-sayap seterusnya menunjukkan name tag dan ditanda sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, syukur ketika itu cuaca masih elok tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan dan kami semua berjaya melepasi masa COT yang telah ditetapkan, seterusnya dibenarkan untuk meneruskan pendakian untuk Mission Sunrise and Summit Attack. Pada ketika itu perasaan pewai telah mula dirasai dimana corak pendakian sudah mula berubah arah daripada melalui trek tangga berkayu seterusnya perlu memanjat dan melalui laluan di sebalik batu-batu besar. Lebih kurang setengah jam perjalanan ketika sudah semakin hampir sampai ke puncak seringgit keadaan cuaca sudah mula berubah dimana hujan lebat sudah mulai turun membasahi kami. Sepanjang perjalanan angin yang kuat kadang kala diselingi dengan hujan mengiringi pendakian sob kali ini sama seperti situasi ketika mendaki Gunung Kerinci di Indonesia. Memang tak dapat gambarkan perasaan mendaki ketika kadang-kadang timbul terasa teruja kerana dapat merasai susana mendaki dalam keadaan itu pandangan yang semakin kabur manakala jalan semakin diliputi oleh kabus, ketika itu sebagai rujukan mengikut tali putih yang panjang sebagai panduan supaya tidak tersasar daripada trek asal
Pemandangan daripada puncak ditutupi dengan pandangan kabus, tali putih yang panjang diletakkan sebagai panduan supaya para pendaki tidak tersasar daripada trek asal
Walaupun ketika itu sudah memakai baju sejuk, windbreaker, sarung tangan dan topi itu masih tidak mencukupi untuk memberikan rasa haba kehangatan yang diperlukan oleh tubuh badan, masih merasai kesejukan sepanjang perjalanan. Beberapa meter menuju ke Low Peak sob sudah mula menggigil kesejukan disebabkan angin kuat yang melanda seketika di pertengahan perjalanan dengan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 4000 meter puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada dihadapan, angin yang kuat dan hujan ketika itu membuatkan kami semua berhenti seketika berlindung disebalik-balik batu besar dan ada juga beberapa pendaki yang lain mengambil keputusan untuk berpatah balik. Di saat itu kekuatan mental dan fizikal memang cukup memainkan peranan hanya tekad dan keinginan yang tinggi membuatkan sob tetap cuba melangkah sedikit demi sedikit tetapkan semangat sehingga ke puncak.
Alhamdulilah lebih kurang pukul 6.30am Sob bersama teman-teman yang lain berjaya juga menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu satu perasaan syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, gunung yang dahulunya hanya mampu dipandang daripada bawah akhirnya berjaya ditakluki yang pasti bukan view yang indah dicari oleh Sob cukup sekadar dapat merasai sendiri pengalaman mendaki puncak tertinggi di Borneo itu yang paling berharga.
#Selfie Padu di Peak
Tahniah semua Sob, Din, Naz, Abil, Aizan telah berjaya sampai ke ketinggian 4095 meter! Puncak tertinggi di Malaysia satu perasaan penuh bangga apabila berjaya berdiri di Puncak Kinabalu, Terima kasih Allah swt! Keadaan di atas puncak ruangnya agak kecil untuk bergambar dan tidak dibenarkan untuk berada lama-lama di puncak cukup sekadar 5 minit untuk bergambar seterusnya memberi peluang kepada pendaki yang lain untuk bergambar. Pemandangan ketika di puncak, pemandangan yang terhad dibatasi oleh kabus-kabus putih semua nya kelihatan putih.
Lebih kurang 10 minit berada puncak kami mulai berpatah balik untuk turun, hujan dan angin kuat dan berkabus masih mengiringi perjalanan kami, kami hampir lupakan saja niat untuk bergambar di tempat-tempat wajib seperti di kolam-kolam air dan mungkin puncak seringgit juga tidak kelihatan terlindung akibat kabus. Tapi kuasa alam tidak siapa yang tahu ketika perjalanan turun selepas melalui Puncak Seringgit cuaca mulai cerah, awan semakin membiru subhanallah barulah ketika itu kami dapat melihat sendiri pemandangan indah disini, walaupun hanya seketika lebih kurang 20 minit sebelum cuaca kembali berkabus itu sudah mencukupi buat sob syukur !
The view from top ! It's simply breathtaking!
Ketika turun semula ke Laban Rata, barulah kita boleh nampak trek yang kita lalui pagi. sampai sahaja di Laban Rata pada jam 9.00am, kami semua terus packing barang untuk check out. Wajib check out sebelum pukul 10:30am sekiranya lambat hampa dikenakan bayaran sebanyak RM100. Kami semua check out lebih kurang jam 9:30am dan terus turun ke café untuk breakfast sebelum meneruskan perjalanan turun menuju ke Timpohon Gate, Lebih kurang Tiga jam setengah perjalanan kami berjaya sampai ke bawah sekali lagi tandatangan untuk menandakan kami telah selamat keluar dengan selamat. Syukur semuanya selamat kembali dengan keadaan selamat tanpa mengalami kecederaan seterusnya menuju ke tempat pendaftaran semasa masuk untuk mengambil sijil yang berwarna kerana berjaya mendaki sampai ke puncak.
Sob percaya pelbagai tips & pengalaman mendaki Gunung Kinabalu telah dikongsikan di internet, beribu-ribu orang telah berjaya berjaya menawan puncak tertinggi Malaysia setiap tahun tak kira usia dan jantina, ada yang stamina nya mantap boleh berlari-lari hingga ke puncak dan tidak ketinggalan yang mendakinya 5 minit dan rehatnya 20 minit 😄 tak mengapa janji tetap bersemangat teruskan mendaki sehingga sampai ke puncak. Sob yakin sesiapa yang pernah mencuba mendaki disini pasti ada kisah pengalaman yang tersendiri dan ini kisah pendakian sob menawan Puncak kinabalu :P
Topeng tu beli kat mana ye ? Saya berminat..
ReplyDeletebeli kat uptown shah alam bang :)
DeleteCantiknyaaaaa gunung kinabalu! nak naik juga tapi tak tahu la parents bagi ke tak hmm :(
ReplyDeletecantik sangat, view dekat puncak ckup terbaik...tak pe mulakan dgn naik bukit2 dn gunung yg rendah..bila parent dah nampak minat kita insyaallah slowly depa akan support syed :P
DeletePergh.. terbaik.. tengok gambar macam curam je.. ak dulu naik gunung lumut sampai puncak pun dah tercungap inikan lagi gunung tertinggi malaysia...
ReplyDeleteahahha
Deletememang terbaik..
gunung2 dekat Malaysia smua terbaik
ada kistimewaan masing2 :)
Tahniah berjaya capai puncak kinabalu..atas gunung pun bnyk bonsai berbunga cantik..takjub
ReplyDeleteterima kasih sis :)
Deletebestnyer mendaki gunung kinabalu
ReplyDeleteterima kasih nanti boleh cuba naik
DeleteSebenarnya hakak tengah cari unfo pasal KK. Tu yg terjah blog ni.
ReplyDeleteHakak mmg bukan adventurers punya kaki. So bab bab mendaki hakak serahkan aje pada awak jerlah Sob hihi
terima kasih semoga info di atas bermanfaat ya :)
Deletesharing is caring
Sekali mendaki..selama nya merindu..huhuhu...jom repeat...hehehe....
ReplyDeletejom fizah repet lagi akinabalu hehehhe
DeleteSy dari indonesia, bagaimana cara mendaftar agar dapat slot naik pucak kinabalu ?thx
ReplyDeleteSy dari indonesia, bagaimana cara mendaftar agar dapat slot naik pucak kinabalu ?thx
ReplyDeleteboleh call or email direct degn kinabalu park utk book slot..boleh google :)
Deletesaya dari indonesia rencana mau hiking ke kinabalu di augusts ini, ada yang mau ke sana juga?
ReplyDeletesupaya bisa sharing cost for guide...
owh good luck bro..all the best
Deleteboleh tinggalkan no telifon di sini
mungkin ada rakan2 yang mahu pergi juga
bisa contact kamu dari sini :)
Terbaik bro..tak sabar nak ke sana bulan 9 ni..huhu
ReplyDeletegood luck bro...all the best :P
Deletehalloo sobri saya dari indonesia bisa minta no contack kamu ini whtasapp saya 081212574272
ReplyDelete0134599815-sob
DeleteSalam abg... bole bg no agen utk naik kinabalu x... trima kasih
ReplyDeleteagen x de la zara.. direct dgn pihak kinabalu terus..
DeleteGood info..nervous juga ni,plan naik bulan 3,harap2 semua berjalan dengan lancar,tp sebelum tu nak tyn lah.berapa lama awk training untuk naik kinabalu tu?apa awk buat
ReplyDeleteSaya pun akan naik lagi bulan 3 ..
Deletesangat teruja...x sabar utk mendaki penghujung bulan 6 ni...harap cuaca dalam keadaan baik
ReplyDeleteTahniah,memang best dpt mendaki..sya pun sekali mendaki,nak naik
ReplyDeleteTiap² tahun,😂😂😂
team padu.. nice sharing...
ReplyDeleteSaya nk daki hujung minggu ni. Moga selamat dan berjaya tiba di puncak tertinggi Malaysia
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.sangat membantu dari segi gambaraan keadaan dan membantu saya buat persediaan.
ReplyDeleteWalaupun da naik 2x n coming soon ke3x i still nervous gais hahah..memandangkan tunang i tdk perna naik lagi terpaksalah sy temankan dia atas permintaanya walaupun penatnya sakit nya kaki ku ingat tanga2 too... baca2 blog mana lah tau hilang dekdekan jantungan ni mnunggu hari...
ReplyDelete