Daerah Hulu Perak, khususnya Gerik masih terdapat banyak lokasi yang cukup menarik lagi rare untuk explored oleh para penggemar aktiviti outdoor dan sob percaya sekarang gunung & bukit yang terdapat di sini seperti Gunung Kenderong & Kerunai mula menjadi sebutan para pendaki dek keindahan pemandangan himpunan awan karpet daripada puncak, selain itu kewujudan Hutan Belum yang yang berusia lebih 130 tahun merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon sememangnya tidak oleh diragui lagi kehebatannya flora dan faunanya lokasi yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik serta hutan yang cukup indah antara satu destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak
The Hidden Gem Of Lata Cermin Waterfall
Tapi pernahkah hampa mendengar mengenai Air Terjun Lata Cermin yang terletak di kawasan daerah Hulu Perak ? secara peribadi air terjun yang boleh digelarkan sebagai 'The hidden Gem Lata Cermin Waterfall' antara salah satu air terjun yang tercantik terdapat di Malaysia yang pernah sob lihat setakat ini, bayangkan air terjun setinggi lebih 3 tingkat mengalir jatuh ke bawah menghasilkan bunyi deruan alam yang cukup mendamaikan manakala di sekitar air terjun terdapat pokok-pokok hijau yang tumbuh melatar cukup memberikan effect luar biasa yang mampu memikat setiap mata yang memandang tambahan air yang sejuk memberikan kesegaran apabila disentuh.
Alhamdulilah trips santai ke Lata Cermin Waterfall yang dianjurkan oleh Grik Silver Outdoor Adventure (boleh cari di page Facebook & instagram) yang berlangsung selama 2h1m pada pertengahan bulan July 2017 berjalan dengan lancar dengan lineup seramai 16 orang yang cukup sempoi, seorang Guide Brother Din Loy dan beberapa orang crew berjaya dengan jayanya satu trips yang cukup menarik padu dan nostalgia !

Menunggu semua lineup berkumpul di Rnr Bintang Hijau Jalan Grik - Kupang sebelum menaiki pacuan 4 roda menuju ke pertengahan perjalanan sebelum meneruskan tracking menuju ke kemsite.
15 July 2017
Secara jujurnya sob bukan seorang yang penggemar air terjun, sekiranya diberikan pilihan untuk mendaki gunung atau mencari air terjun di kawasan yang rare pastinya mendaki menjadi pilihan utama dan satu bonus sekiranya mendaki dan menjumpai waterfall di pertengahan jalan. Tapi aura lata cermin agak berlainan apabila pertama kali melihat gambar yang dihantar di aplikasi whatsapp cukup menggetarkan jiwa dek kelihatan megah sebuah air terjun yang begitu majestik memukau mata yang melihat dan pelawaan oleh beberapa sahabat mendaki untuk menyertai trips santai ke Air Terjun Lata Cermin tidak harus dihiraukan, harus 0N ! Tak banyak maklumat atau gambar yang sob diperolehi daripada google mengenai Lata cermin kecuali lokasi laluan untuk ke Lata Cermin agak terkenal bagi penggemar Pacuan 4 roda dan Motocross antara 5 laluan yang cukup mencabar untuk dilalui di semananjung, itu sahaja info-info yang diketahui mengenai Lata Cermin so i'm very excited to see what Lata Cermin can offers to us!
Geng GSoA Mirul, Sob, Apit & Matdro berminat untuk menjadi salah seorang ahli kami, #teampendakikacak boleh PM tepi untuk mendapatkan borang ๐
Lebih kurang jam 7.00 pagike semuaa lineup diminta berkumpul di Rnr Bintang Hijau dimana lokasi untuk berkumpul seperti literary yang telah ditetapkan seperti di dalam group whatsapp. 2 jam berkumpul kemaskan barang-barang keperluan yang perlu dibawa, pastikan semua ration dan kelengkapan untuk bercamping telah dibahagikan kepada sesama ahli kumpulan seterusnya diberikan taklimat oleh guide, kami dibahagikan kepada dua kumpulan menaiki 2 buah Powil yang telah siap sedia menunggu untuk menghantar ke separuh perjalanan sebelum seterusnya tracking sehingga ke kem site.

Permukaan offroad yang dilalui, fuhh cukup mencabar dengan keadaan tanah merah yang melekat & berlumpur menyebabkan powil yang dilalui tersangkut beberapa kali ketika perjalanan.
Bermulah kisah turun naik bukit melalui jalan bekas laluan balak cukup mental for me is kubis nubis ๐๐๐, dianggar sepanjang perjalanan melintasi 3 buah anak sungai sebelum sampai kem siteite anggaran perjalanan 6 jam secara santai, if berjalan agak laju mungkin masa boleh diambil dalam 3-4 jam bergantung kepada pace lineup.
Trek lata cermin, steady je budak-budak kampung sini layan Motor Cross memang function bai !
Sob: Wah steady hampa naik motor mai lata cermin, tak licin ka jatuh ?
Budak-budak: ala bang biasa je tak licin mana pun, kita kan orang kampung!
Sob: Dalam hati 'habis tu aku bukan orang kampung ka' steady boh !
Perancangan awal pada mulanya powil akan menghantar sehingga ke sungai pertama kuala Kerong dan dari situ perjalanan secara santai sehingga ke kemsite Lata Cermin tapi disebabkan keadaan offroad yang agak luar biasa dan licin kesan hujan lebat sehari sebelum trips ini berlangsung menyebabkan Powil hanya mampu hantar ke suku perjalanan dimana dari sini kami perlu tracking lebih kurang 2 jam sebelum sampai ke checkpoint pertama di Kala Kerong. Disini kami berehat lebih kurang 30 minit sebelum meneruskan tracking sehingga ke kem site untuk camping pada malam hari. Perjalanan secara santai yang mengambil masa lebih kurang 4 jam, total jumlah keseluruhan masa perjalanan diambil selama 6 jam secara santai memang memberi satu cabaran tersendiri buat semua peserta terpaksa melalui jalan balak yang menaik & menurun meredah laluan yang berlumpur berselut yang agak dalam tapi cukup puas dan berbaloi apabila melihat sendiri air terjun pertama yang berada di hadapan kemsite di depan mata, itu belum lagi melihat air terjun Lata Cermin.

Sampai ke first Checkpoint Sungai Kuala Kerong, lek lu hisap rokok sebatang ๐ฌ dari sini berjumpa dengan Geng 4x4 camping dekat campsite sini.Kita layan kopi dulu.
Aksi-aksi pewai padu sepanjang perjalanan, alah ini acah-acah pewai je nak bergambar pantang angkat sauh berdesup berlari ke depan.
Lebih kurang Perjalanan 4 jam perjalanan turun naik bukit, melalui jalan berlecak tanah merah, merentasi sungai, tidur di ontreck sementara menunggu sweeper dan lineup terakhir sampai akhirnya dalam pukul 4.00 petang kami semua sampai ke Kem Site untuk bersiap-siap setup untuk bercamping dan tiruk mini waterfall yang ada di hadapan campsite. Sebelum itu lepak sementara menunggu group 4x4 yang telah masuk sehari lebih awal bercamping kemaskan campsite untuk bergerak keluar
Secara jujur pendapat peribadi sob mengenai isu sampah ditinggalkan di campsite bukan perkara baru malah selalu diperkatakan sudah menjadi lumrah melihat sampah sarap ditinggalkan merata-rata sehingga mengotorkan Kemsite tengok saja dah merosakkan pemandangan mata orang yang melihat nya terus spoil mood nak bercamping. Ya betul sesiapa sahaja boleh masuk daripada orang kampung, pemburu, Geng 4x4, geng outdoor & hikers sama ada melalui cara halal atau haram - halal melalui prosedur memohon kebenaran permit daripada Jabatan Hutan, tapi sikap tinggalkan sampah merata-rata' fuhh cukup menyakitkan hati apabila cukup pandai bawa masuk tapi apabila nak bawa keluar balik cukup susah? tak kisahlah sama ada kamu seorang yang berjiwa outdoor mencintai alam sekitar atau tidak tapi jangan sesuka hati membuang sampah merata-rata dan berharap sampah itu ada kaki berjalan sendiri masuk ke dalam tong sampah serta dibawa keluar buang di tempat yang sepatutnya dengan sendiri. Bukan nak kecam mana-mana pihak dan bukan semua bersikap sebegitu tapi cubalah menjadi seorang yang bertanggungjawab, ini tak termasuk lagi sampah-sampah yang ditinggal di tepi-tepi jalan aishh malas nak cakap panjang 'tepuk dada tanya selera'. Eh nanti ingat nak buat trips ke Lata Cermin 2.0 # Pickiup Intiative, cakap banyak kalau tak ada action tak ada guna juga kan ๐
Kemsite di hadapan Sungai! Perhh pakej siap ada mini air terjun yang sentiasa menunggu untuk di tiruk. keluasan kemsite boleh memuatkan seramai 100 orang lebih pada sesuatu masa. Hendak memasak atau mandi manda memang cukup senang kerana sumber air berdekatan di depan mata :P Bayangkan bangun daripada tidur dimana kemsite berhadapan dengan air terjun disajikan pula dengan bunyi aliran air sungai yang cukup mendamaikan serta pemandangan yang cukup wow, cukup function boh! inilah namanya nikmat bercamping, segala penat lelah ketika tracking bermain selut terus hilang bila dibelanjakan dengan view sebegini. Selesai setup khemah dan makan aktiviti bebas dijalankan mengikut citarasa masing-masing mana yang nak memancing atau mandi sampai kecut sendi-sendi dipersilakan tak ada paksaan :P
Chef jemputan,menu utama ikan tengas masak sakai, hasil tangkapan memancing & sambal cili yang ditumbuk dalam bekas buluh. Next trips nak cuba masak nasi daripada buluh sebab buluh-buluh disini cukup besar memang sesuai untuk mencuba masak nasi menggunakan buluh.
Deruan air terjun yang boleh didengar dari jauh boleh kelihatan Air terjun Lata Cermin yang cukup Gah daripada jauh!
16 July 2017
Pagi Ahad suasana pagi yang cukup permai bunyi-bunyi unggas menemani di kala cahaya pagi hari kian menjelma dengan suhu yang sejuk dan nyaman membuatkan diri rasa amat berat untuk membuka mata, tambahan pula dengan deruan air sungai yang berhampiran memang membuatkan diri berasa bahagian daripada alam semulajadi sememangnya mampu memberi mood perspektif yang berbeza! sememangnya alam mempunyai aura yang tersendiri yang tidak boleh diragui.
Selepas kesemua lineup sudah siap bersarapan mengisi perut yang kosong seterusnya berkemas membawa barang keperluan daypack untuk meneruskan misi utama ke Air Terjun Lata Cermin yang sudah tidak jauh daripada kemsite dimana perlu melintasi beberapa anak sungai, melalui tebing sungai yang berbatu dan trek hutan untuk sampai ke Air Terjun Lata cermin.
Tidak terucap dengan kata-kata apabila pertama kali melihat 'keagungan' keindahan waterfall yang masih terjaga keindahannya. Deruan air yang mengalir memang cukup menambat setiap hati yang memandang. Air Terjun yang agak kurang dikenali kerana terletak dilokasi yang agak jauh untuk dimasuki dianggarkan sejauh 8 km untuk sampai ke sini dan dijamin masih terpelihara ekosistemnya
Tu dia Air Terjun Lata Cermin yang cukup kelihatan indah disambut dengan pantulan pelangi !
Semakin dekat menghampiri Air terjun membuatkan diri semakin teruja, deruan bunyi-bunyian air jatuh dari jauh seolah-olah memanggil diri untuk semakin dekat untuk menghampirinya, subhanallah satu ungkapan untuk menggambarkan perasaan kami semua 'Maha Suci Engkau yang menciptakan alam ini dengan penuh kenikmatan kepada mata serta agungnya ciptaan-Mu' Terima kasih atas peluang nikmat kesihatan tubuh badan untuk merasai sendiri pengalaman ini. Aliran air yang jatuh ditiup angin hasil dari pergerakan air terjun menghilangkan peluh seterusnya memulihkan balik stamina kami, memang satu keajaiban semulajadi yang tak dapat disangkal lagi.
Sedikit tips untuk menuju ke Air terjun Lata Cermin digalakkan memakai kasut getah atau sandai kerana lebih sesuai untuk dilalui dikawasan batu yang licin dan berair.
Tak perlu menulis dengan banyak lagi biarlah gambar yang berbicara it time for Tiruk sampai lebam ๐ท
Owh ya bagi yang agak risau tentang kedalaman kolam air terjun atau tidak pandai berenang tidak perlu kuatir, kerana hampa tak perlu mandi sehingga ketengah atau ke kawasan air terjun jatuh mengalir cukup sekadar di tepian kawasan agak singkat Di pertengahan tengah kolam terdapat satu batang pokok kayu yang jatuh boleh dijadikan tempat untuk melepak. Kepada sesiapa yang tidak pandai berenang atau 50-50 hampa tidak begitu digalakkan mandi manda sehingga ke tengah kolam kecuali memakai life jacket, keadaan kolamnya luas dan airnya juga sangat sejuk dan jernih satu kepuasan yang sukar diucapkan dengan kata-kata apabila berada di sini.
Ketika berada di bawah air terjun, memang dapat merasakan satu tekanan air yang cukup kuat jatuh ke badan kita walaupun pada permulaannya agak perit tapi biarkan sahaja, tak perlu tahan badan kita biarkan saja irama aliran air jatuh mengenai badan, fuh satu sensasi perasaan yang cukup luar biasa akan terjadi dimana mula merasai satu perasaan seperti diurut oleh alam semula jadi hilang rasa sengal-sengal dan mula rasa perasaan nyaman berada di bawah air terjun !
Bersama Abam Uzaersohigh
Gerik Silver X Perasap X AG47X
Terima kasih atas satu kenangan sahabat #Gerik Silver Outdoor Adventure
Putri, Apit, Amirol, Matdro, Matyana, Din Loy & Ilmarzifah
Gerik Silver Outdoor adventure X Lata Cermin Waterfall
Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 petang kami semua lineup berjaya keluar dengan dengan selamat daripada Lata Cermin, seterusnya bersiap-siap mandi di RnR Bintang Hijau seterusnya pulang ke destinasi masing-masing.
Kesemua Lineup yang mengikuti Trips Gerik Silver Outdoor adventure, Korang memang sempoi bak hang, terbaik memang tak pernah mengenal erti pewai ontrack. Markah tambahan malam tu pekena bbq ayam bakaq fuhh dia punya sos cukup teringat-ingat sampai sekarang cukup berhantu ! Terima kasih kepada semua lineup yang cukup power, abang & kakak yang cukup padu yang terlibat, Crew, dan Guidge ada rezeki kita bertemu lagi di gunung atau waterfall yang lain pula InshaAllah. Maaf jika ada salah dan silap dari team Gerik Silver Outdoor Adventure, semoga kita bertemu lagi :)
Adventurous betul... ohsemlah korang. Thumbs up :D
ReplyDeleteterima kasih..jom next time joint sekali sis :P
DeleteSUKANYA DPT BERSATU SRSAMA ALAM SEMULA JADI NAN INDAH
ReplyDeletesangat menyenangkan minda ... feel so Tenang :P
Deletecantik best betul
ReplyDeletesangat cantik ..kawasan yang masih terpelihara keaslianya
DeleteWah ! tak sangka ada tempat menarik cmni kt gerik !
ReplyDeleteyeah dekat gerik bayak tempat2 menarik yg masih rare! cuma x ramai yg kongsikan :)
Deleteada kordinat lokasi tak?
ReplyDelete