Sob percaya masih ramai yang tertanya-tanya dan tidak begitu tahu mengenai kewujudan Bukit ini. Percaya atau tidak Bukit Gelok antara salah satu lokasi yang menarik di Lawin untuk mendaki menyaksikan sunrise dan awan karpet kerana pemandangan di puncak yang menjanjikan panorama 360 tanpa halangan yang cukup indah. Bukit yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2 malaya kerana pendakian anda semua ke sini memang memberikan adrenaline serta cabaran yang tersendiri terutama ketika melalui trek dimana disebelah kiri dan kanannya adalah gaung.
Mendaki Bukit Gelok, Lawin Perak
Bukit Gelok antara berpuluh-puluh bukit & gunung menarik untuk diterokai yang terdapat di Banjaran Papulut. Bukit yang berketinggian 538 meter ini terletak di Hutan Simpan Papulut, Lawin, Perak. Bukit yang boleh dilihat daripada jalan utama lenggong - Gerik terdapat beberapa cara untuk menuju ke starting point tapi antara laluan yang paling senang untuk akses ke sini adalah melalui kawasan Felda Papulut sama ada menggunakan kenderaan 4x4 atau motosikal.
Antara laluan trek Bukit Gelok, yang berbatu serta agak rapuh di mana agak mudah untuk batu-batu kecil jatuh atau tergolek menimpa pendaki lain sekiranya salah langkah pijak step.
Pokok Timbaland yang akan dijumpai di pertengahan perjalanan mendaki Bukit Gelok.
Ini antara lokasi menarik untuk bergambar
Alhamdulillah di awal tahun 2018 sob berpeluang untuk mendaki semula ke sini buat kali ketiga bersama dengan Team Gerik Silver Outdoor Adventure #GSoA. Pendakian secara santai ini yang mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk sampai ke puncak di mana kami semua memilih untuk bercamping di puncak bukit gelok, bergerak mendaki selepas solat maghrib, terlebih dahulu semua lineup seramai 9 orang berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan di Masjid Lawin seterusnya menaiki powil sehingga ke starting point yang melalui kawasan kebun sebelum memulakan pendakian menuju ke Puncak.
Keadaan di puncak yang berbatu tidak begitu sesuai untuk dijadikan kemsite kerana permukaan puncak yang tidak rata dan berbatu, selain daripada itu tiupan angin agak kuat pada tengah malam kerana di puncak tidak terdapat pokok besar yang boleh dijadikan penghadang daripada tiupan angin terus mengenai khemah yang didirikan. Di sini juga para pendaki boleh menjumpai tinggalan beirut lama yang sudah rebah menyembah bumi.
Apa yang cukup paling menarik mendaki disini adalah panorama penuh 360 daripada puncak yang cukup memikat hati. Daripada puncak para pendaki boleh melihat pemandangan indah kawasan lawin, Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh.
Apa yang cukup paling menarik mendaki disini adalah panorama penuh 360 daripada puncak yang cukup memikat hati. Daripada puncak para pendaki boleh melihat pemandangan indah kawasan lawin, Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh.
Pemandangan di sekeliling Bukit Gelok, dari puncak boleh lihat Tasik Kenering, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh.
Apa macam view, menarik tak ? terasa seperti camping di pergunungan luar negara kan :P
Bangun daripada tidur, disajikan pula dengan pemandangan indah sebegini sambil layan secawan kopi panas di awal pagi, satu nikmat yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata, satu kedamaian yang memberikan aura positif.
Bahagia itu kopi, gunung & kamu 👦👧
Keadaan trek yang bakal dilalui pada permulaan mendaki, akan mendaki bukit yang agak pacak dan semak lebih kurang 30 minit, selepas itu akan melalui beberapa false peak dimana keadaan pokok di sebelah kiri dan kanan mula kelihatan semakin jarang kesan daripada kawasan bukit yang pernah terbakar pada satu masa dahulu dan terakhir akan melalui laluan yang agak rapuh permukaan treknya di mana agak mudah untuk batu jatuh atau tergolek terkena pendaki yang lain sekiranya salah langkah mengambil step laluan sehingga sampai ke puncak.
Walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Papulut, Pulut serta k2 puncak bukit yang botak dan pernah terbakar ini menjanjikan view 360 dengan trek pendakian yang mencabar ala-ala Gunung Kenderong boleh disifatkan treknya seperti mini K2. Untuk mendaki di sini sangat digalakkan untuk mendaki secara daypack pada awal pagi untuk mengelakkan cuaca yang panas ketika tengah mendaki kerana sepanjang mendaki tidak ada begitu banyak pokok besar yang boleh dijadikan kawasan teduhan daripada terik sinaran cahaya matahari. Sekiranya ingin camping di puncak pastikan membawa air yang secukupnya kerana di sepanjang perjalanan menuju ke puncak tidak menjumpai tanda atau lokasi terdapat waterpoint di sekitar bukit ini.
Gerik Silver X Bukit Gelok
bersama sahabat petualang
ARTICLE BERKAITAN
Pokok timberland itu yang menarik perhatian. Tak reput ke pokok itu ?
ReplyDeletetak reput tuan
DeleteArtkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteseronoknya dapat macamni
ReplyDeletejomlah cuba hiking!
DeleteAwesome...
ReplyDeletethank tuan
DeleteTuan. Naik powil sendiri ka ada disewakan disitu? Nak hiking juga nice terok view dia.
ReplyDeleteboleh sewa powil dari org kampung
DeleteKlu nak kesana kene ada guide atau blh pergi sndri? 4wd pula ada disediakan?
ReplyDeleteboleh call member saya oda- 013-3594548
Delete