Bunga Terbesar Di Dunia - Rafflesia | www.sobriyaacob.com

Wednesday, March 4, 2020

Bunga Terbesar Di Dunia - Rafflesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Dah sampai ke belum? Itulah antara kata-kata yang sering didengari apabila berada di Jeti Aman Jaya, Pulau Banding Malaysia. Pulau Banding merupakan pintu masuk utama ke Kompleks Hutan Belum-Temengor,  kawasan ini merangkumi Taman Negeri Royal Belum seluas 117,500 hektar, Hutan Simpan Gerik seluas 34,995 hektar, Hutan Temenggor seluas 147,505) hektar dan menjadi salah satu kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.

Entry kali ini agak istimewa dimana sob ingin berkongsi sedikit sebanyak info Bunga Rafflesia dan pengalaman melihat sendiri bunga ini sedang berkembang mekar di depan mata, satu perjalanan yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama.

Bunga Terbesar Di Dunia - Rafflesia

Sob nak share tempat yang cukup menarik terdapat di Daerah Hulu Perak Iaitu Royal Belum State Park, lokasi percutian yang wajib dikunjungi sekali seumur hidup terutama kepada semua nature lovers di Malaysia ! Cuba hampa semua bayangkan luas kawasan Kompleks Hutan Belum-Temengor, hampir empat kali ganda dari saiz Negara Singapura dimana lokasi hutan ini sangat kaya dengan kepelbagaian flora serta fauna dan pastinya menarik perhatian setiap pelawat yang mengunjungi kawasan ini.

Sebelum ini sob pernah berkongsi mengenai tempat menarik yang terdapat disini seperti round island di sekitar kawasan Komplek Belum-Temenggormelawat perkampungan orang asli, melawat kawasan sira gajah atau salt lick dimana itu adalah kawasan haiwan liar mendapatkan mineral , bird watching terutama burung enggang serta spesis burung yang lain dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan antaranya nature walk di Waterfall Kooi, berkayak, berakit dan mandi -manda air terjun di Santuari Ikan Kelah di Sungai Ruok, post terdahulu boleh dicari di ruangan search☻

Sungai Ruok Royal Belum antara salah satu lokasi untuk melihat Bunga Rafflesia.

Alhamdulilah awal tahun 2020 pada bulan Januari, salah satu hajat sob untuk melihat satu diantara 3 spesies bunga rafflesia yang terdapat di Hutan Belum tercapai, apa yang membuatkan sob begitu teruja spesies bunga ini dikenali sebagai R.kerrii diantara bunga pakma yang paling besar saiz kopak bunga bila mekar berkembang dan cantik berbanding spesies bunga rafflesia yang lain yang terdapat di kawasan ini serta  antara bunga rafflesia yang terbesar terdapat di semenanjung Malaysia


Beautiful scenery at Belum-Temenggor lake

Sedikit info berkaitan Hutan Belum

Apa yang lebih menarik melalui kajian-kajian yang telah dijalankan dikatakan bahawa Hutan Royal Belum yang wujud sejak 130 juta tahun lalu adalah lebih tua daripada usia hutan Amazon di Brazil dan Hutan Kongo di Afrika Tengah. ternyata Hutan Belum mempunyai pelbagai tarikan dan pesonanya yang tersendiri diantaranya  merupakan salah satu lokasi yang cukup menarik untuk melihat bunga rafflesia atau turut dikenali sebagai bunga pakma dengan lebih dekat kerana di sini terdapat 3 jenis spesies rafflesia yang hidup subur di kawasan Hutan Belum

Spesis Bunga Rafflesia R.kerrii 

Untuk post kali ini sob nak berkongsi sedikit sebanyak info mengenai Bunga Rafflesia

Untuk makluman semua, tiga daripada 30 spesies Rafflesia yang ada di dunia, tumbuh subur di dalam kawasan Hutan Belum iaitu spesies R.cantleyi, R.kerrii serta R.azlanii yang dinamakan sempena Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tahu atau tidak apa yang membuatkan uniknya komplex Belum -Temenggor kerana terdapat 3 spesies yang dinyatakan di atas boleh didapati di dalam satu kawasan di sini berbanding di tempat lain.

Sob dimaklumkan antara penemuan yang paling menarik berkaitan bunga rafflesia ialah penemuan spesies hibrid betina Rafflesia yang ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak . Penemuan bunga ini dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies Rafflesia Azlanii dan Rafflesia Cantleyi dan ianya juga telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

Penemuan spesies Rafflesia hybrid yang memiliki 10 kelopak, berbanding spesies biasa memiliki 5 kelopak sahaja.

Penulis : Khairul Abidin Nuar
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 23 Jun 2012

Di sini sob kongsikan gambar-gambar spesis Rafflesia yang ditemui di Hutan Belum

Bunga Rafflesia R.Kerrii

Bunga Rafflesia R.Cantleyi
📷 Hafizul Haron

Bunga Rafflesia R.Azlanii
📷 Hafizul Haron

Di Hutan Belum, terdapat beberapa lokasi Bunga Rafflesia boleh ditemui antaranya di Sungai Gadong, Pos X-ray, Sungai Ruok dan Sungai Kooi, tapi semuanya bergantung kepada nasib ketika mengunjungi kawasan ini, jika bertuah boleh melihat Rafflesia yang sedang kembang penuh atau melihat kubis merah yang sedang membesar sebalik akar-akar pokok atau tergantung kerana spesies Rafflesia merupakan tumbuhan parasit yang menumpang pada akar pokok lain untuk bergantung punca makanan daripada rumahnya.Apa yang membezakan bunga pakma ini dengan bunga-bunga lain yang kita lihat setiap hari ialah apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia Tikus - ditemui di Hutan Simpan Kenderong

Rafflesiaceae terbahagi kepada tiga jenis genera iaitu Rafflesia, Rhizanthes, Sapria. Dimana dua daripadanya iaitu Rafflesia dan Rhizanthes terdapat di Malaysia. Direkodkan terdapat lebih daripada 30 spesies Bunga Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia dimana pertama kalinya direkod penemuan Bunga Rafflesia oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816 di bandar Bengkulu (Bencoolen), Sumatera. Spesies Rafflesia Arnoldii merupakan spesis Bunga Rafflesia terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).

Sekiranya berminat untuk datang Hutan Belum, disini sob kongsikan bagaimana cara untuk Ke Royal Belum ?

Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke Royal Belum seperti dengan perkhidmatan ulang-alik seperti motorsikal, van dan kereta atau pengangkutan awam sama ada teksi atau bas atau boleh memandu pandu  kenderaan sendiri.

Memandu Sendiri.

Dari Kuala Lumpur - Royal Belum terletak kira-kira 400 km dari Pulau Pinang (memandu kira-kira 5 hingga 6 jam) dari Kuala Lumpur. Menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ke Ipoh. Menuju ke utara ke arah Kuala Kangsar, Sauk, Lenggong dan Gerik. Kemudian masuk ke Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Awam Pulau Banding di mana bot disediakan untuk sampai ke resort Royal Belum. Bersia, Gerik  adalah lokasi terakhir untuk anda mengisi petrol di sini terdapat dua stesen minyak iaitu Shell dan Petron kerana tidak terdapat stesen minyak boleh didapati di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat.

Dari Pulau Pinang - Royal Belum terletak kira-kira 250 km dari Pulau Pinang (memandu kira-kira 3 jam). Menuju ke selatan ke arah Kuala Kangsar dan Gerik dan kemudian memasuki Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Aman Jaya Pulau Banding, dimana disini disediakan tempat rehat dan parking kereta berbayar.

Dari Ipoh - Royal Belum terletak kira-kira 180 km dari Ipoh (jarak kira-kira 2 ½ jam perjalanan). Menuju ke utara ke arah Kuala Kangsar dan Gerik dan kemudian memasuki Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Aman Jaya, Pulau Banding.

Dari Kelantan - Royal Belum terletak kira-kira 180 km dari Kelantan (lebih kurang 3 jam perjalanan). Gunakan Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Aman Jaya, Pulau Banding.

Menggunakan  Bas

Terdapat beberapa bas harian yang berlepas dari stesen bas Hentian Duta di Kuala Lumpur untuk ke stesen bas Gerik, kemudian mengambil teksi untuk sejauh 40 km ke Pulau Banding, pintu masuk ke Taman Negeri Belum.

Menggunakan Teksi

Boleh mendapatkan Perkhidmatan teksi yang terletak di belakang Stesen Bas Gerik untuk membawa anda ke Jeti Aman Jaya, Pulau Banding.

Lokasi penginapan di Pulau Banding

Antara lokasi penginapan yang paling berdekatan yang boleh anda check in antaranya ialah Belum Rainforest Resort dan Chalet terapung Mat Syah terletak di Pulau Banding manakala Kem Royal Belum pula lokasinya terletak di dalam hutan belum dimana terdapat 4 buah kem iaitu di Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sobriyaacob.com sama ada pembaca baru atau sahabat lama bloggers yang sudah lama sob tak blogwalking ke blog sahabat semua semoga kalian sihat sentiasa.  Masihkan kalian ingat akan manusia bernama Sob 😆 Dalam tak sedar memang sudah lama sob meninggalkan blog kesayangan hamba ini cukup lama, sangat lama dimana post terakhir di publish pada September 2018. Kalau dihitung balik lebih kurang setahun gais tak berupdate blog ini ni sampaikan rasa kekok sangat  untuk jari-jemari ini terus menaip berkongsi idea di atas keyboard. Semoga entry pembukaan ini menjadi permulaan baru untuk sob terus berkongsi cerita dan pengalaman di ruangan blog.

6 comments:

  1. Subhanallah.. cantik & amazing ciptaan Allah. Congrats Sob dah dapat jelajah tempat2 mcm ni :)

    ReplyDelete
  2. cantiknya bunga Rafflesia ni..ingatkan kat Sabah je ada..

    keep on blogging, Sob..byk aktiviti menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik, alhamdulilah rezeki dpat melihat bunga berkembang elok
      terima kasih sis nohas ;0

      Delete
  3. Assalamualaikum Tuan Sobri, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca