Mendaki Bukit Ulu Malau, Lawin Perak | www.sobriyaacob.com

Saturday, March 21, 2020

Mendaki Bukit Ulu Malau, Lawin Perak

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua.

Bukit Ulu Malau, berketinggian 834 Meter terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, antara berpuluh Gunung dan Bukit yang terdapat di sekitar Hulu Perak. Alhamdulillah one of my wishlist antara bukit yang ingin didaki di sekitar kawasan Lawin akhirnya tercapai yeah. Sob dimaklumkan di Puncak Bukit terdapat tinggalan beirut lama. Selain daripada keadaan hutan ini yang masih rare, jarang didaki oleh pendaki dan juga terdapat banyak air terjun yang cukup cantik  di sekitar laluan  menuju ke puncak.

Mendaki Bukit Ulu Malau, Lawin  Perak

Pendakian sob kali ini bersama dengan Team souventure extreme outdoor terima kasih Oyien, Farah dan rakan-rakan pendaki lain kerana mengajak sob untuk turut serta mendaki bersama ke Bukit Ulu Malau, it really great experience to learn and share something new. 

Pendakian kali ini secara dayhike jadi tidak perlu membawa banyak barang sekadar yang perlu, lineup seramai 8 orang berkumpul di Pekan Lawin seterusnya tapau lunch untuk dimakan di puncak dan lebih kurang pukul 7.00 pagi memulakan perjalanan menuju ke starting point. Untuk mendaki Bukit Ulu Malau laluan masuk ke bukit melalui kampung Malau, Lawin

Daripada Kampung Malau akan melalui kawasan kampung seterusnya jalan kebun getah sehingga sampai ke pintu masuk anggaran masa 15 minit dengan menaiki motosikal. Sekiranya berjalan kaki  mungkin mengambil masa 20-40 minit disini boleh parking motor dan mulakan pendakian

Pemandangan Bukit Ulu Malau daripada Kampung Malau


Keadaan trek yang jarang dilalui oleh pendaki mungkin hanya dilalui oleh penduduk tempatan sahaja untuk mencari hasil hutan dan sekali dimasuki oleh pendaki.

Unofficial Log Mendaki

Mulakan pendakian 8.00 am - Waterfall ke 3 8.15 am
Simpang balak  9.00 am - Laluan permatang 10.00 am
False peak 11.00 am - Puncak Ulu Malau 11.30 am

Puncak/ berehat 2.30 pm - Waterfall 3 1.30 pm
Camping / rehat 1.40 pm - Keluar 5.00 pm

Air terjun Pertama

Mendaki di Bukit Ulu Malau ini agak menarik kerana di kaki bukit terdapat banyak anak-anak sungai dan air terjun yang cantik, sob diberi tahu disini sahaja terdapat lebih 7 air terjun terdapat di sekitar kawasan  Bukit Ulu Malau. Insyaallah for next trips we have plan to explore more waterfall yang ada disini disebabkan kekangan masa focus utama  kami semua untuk mendaki sampai ke puncak sahaja dan keluar sebelum hari gelap.

Mulakan pendakian pada pukul 8.00 pagi, lebih kurang 4 minit trecking terus menjumpai air terjun yang pertama me is excited 😃 dan trust me kebanyakan aliran air terjun disini bukan kaleng-kaleng boleh tahan wow arus airnya. Disini juga antara viewpoint yang boleh anda melihat pemandangan sekeliling kerana selepas melalui waterfall pertama sehingga ke puncak di kiri dan kanan hanya ditutupi oleh pemandangan  hutan.

 Dari Viewpoint boleh kelihatan dengan jelas Bukit Gelok dan bukit yang terdapat di sekitar

  Air terjun ke 3 lebih kurang 5 minit berjalan daripada waterfall pertama

Sarang kelulut,  kulat-kulat kecil, cendawan & tumbuhan yang ditemui di sepanjang trek.

Keadaan trek pada awal pendakian akan melalui kawasan air terjun seterusnya melintasi sungai kecil selepas itu mula akan mula mendaki sehinggalah sampai ke simpang Y - anggaran 1 jam pendakian, seterusnya anda mula melalui laluan mendatar lepas itu mula mendaki sehingga sampai ke laluan permatang selepas itu akan menjumpai beberapa puncak tipu teruskan mendaki sampai ke puncak. anggaran masa mendaki secara santai 4 jam lebih.

Trek Bukit Ulu Malau masih dara, agak menarik sebab banyak tumbuhan-tumbuhan herba antaranya kacip fatimah dan tongkat ali dan cendawan yang pelbagai bentuk dan warna boleh ditemui disini. Keadaan trek yang tidak jelas, mungkin di beberapa kawasan akan menjumpai kesan tanda di pokok-pokok besar untuk ke laluan tertentu tapi tidak berapa jelas jadi kami terpaksa mencari jalan sendiri untuk sampai ke puncak, dimana kelihatan tanda itu sudah lama dibuat sama ada oleh pemburu atau penduduk setempat.

Bukit Ulu Malau berketinggian 834 Meter - unlock

Keseluruhan trail mendaki Bukit Ulu Malau tetap memberi cabaran yang tersendiri, di kawasan tertentu yang agak semak dan berduri treknya. Tahap kesukaran mendaki  yang sederhana kerana tidak melalui langsung kawasan yang curam atau bergaung, bukit ini mempunyai potensi yang tersendiri untuk menjadi lokasi yang akan populer seperti trek K2 dan P2 cuma keadaan di puncak yang dilindungi oleh pokok-pokok besar jadi tiada view terbuka langsung di Puncak, tapi kalau anda sukakan air terjun ini antara kawasan yang sesuai untuk bercamping bersama rakan-rakan.

Selain daripada Bukit Ulu Malau, terdapat juga bukit lain yang menarik untuk didaki di kawasan Hutan Simpan Hijau antaranya Bukit Ulu Labu, Bukit Ulu Ibul dan Bukit Ulu Lipan


Disini sob senaraikan Bukit dan Gunung pernah didaki di sekitar Hulu Perak





10 comments:

  1. Menarik..byk cendawan & kulat2 yg cantik..air terjun pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis nohas.. memang cantik, mendamaikan

      Delete
  2. Hebatnya masih kuat mendaki puncak tenang nyaman suasana alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah sis faridah, mendaki utk kesihatan
      sambil mengsyukuri nikmat allah swt

      Delete
  3. rindukan untuk kembali ke alam semulajadi ciptaan Tuhan , semoga kita semua akan masih di berikanNya kesempatan untuk kembali ke pada alam dan segala ujian wabak ini akan segera berlalu. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah akak ana, semoga wabak covid19
      akan segera berlalu pergi, jadi kita boleh
      menjalankan khidupan sperti biasa

      Delete
  4. selalu kalau hike ni ada penunjuk arah ke korang tanda sendiri ?
    ada certain tempat kena ada kebenaran kan.. btw air terjun kite sukaaa =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup selalu klau kwasan hutan simpan,
      nak masuk kena ada kebenaran dri jbtan hutan
      kalau main redah ja satu kesalahan....

      slalu kalau gunung yg jarang org daki lalauan trek tu ada
      tapi tak lengkap dan jelas.. so kita kena rintis sikit ikut gps
      tandakan ke puncak.. cari jlan yg paling cantik laluan ikut cuntor2

      Delete
  5. betul2 untouched nature tuuuu cendawan semua nampak fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukit ini boleh diketegerikan
      salah satu bukit yg rare sbab jrang2
      sangat org naik.. smuanya nampak fresh dan
      x disentuh...

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca