Thailand Trips - Mendaki Di Phu Kradueng National Park, Thailand | www.sobriyaacob.com

Saturday, March 28, 2020

Thailand Trips - Mendaki Di Phu Kradueng National Park, Thailand

Mendaki di  Phu Kradueng National Park I Thailand

Hari Pertama
Dari Penang ke Bangkok

Jan 2019 - selepas balik daripada office sob terus bersiap-siap mengambil barang dari rumah dan seterusnya memandu bergerak ke Penang International Airport untuk menuju ke Don Mueang International Airport dengan menaiki pesawat Air Asia FD 404 yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Secaranya jujurnya  solo trip ke Thailand  ini bakal mengambil masa selama 8 hari dimana perjalanan akan bermula daripada Bandar Bangkok menuju ke wilayah loei seterusnya ke Pattaya dan berakhir di Hatyai sebelum kembali ke Penang, dimana sepanjang trips berlangsung, sob hanya menggunakan pengangkutan awam  sahaja untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Laluan perjalanan yang  bermula dari Pulau Pinang - Bangkok - loei -  Pattaya - Bangkok - Hatyai  dan berakhir di Pulau Pinang

Don Mueang International Airport

Tiada sebarang itenary lengkap dibuatnya semuanya berdasar trips main redah sebab nak clearkan cuti tahunan, sehari selepas cuti approve terus book tiket flight dan yeah here we go geng ! Perkara pertama yang terlintas di kepala sob ialah ingin mendaki gunung-ganang enjoy the nature dan itu adalah misi utama trips ke Thailand. In my head have a few list of national park yang sob ingin lawati and few day before fly sob ada google lokasi-lokasi gunung yang menarik dan mudah diakses oleh pelawat dan antaranya Phu Kradueng National Park, Phu Rua National Park dan beberapa taman negara yang lain yang berdekatan.

Lebih kurang pukul 3.15pm sob telah selamat mendarat di Don Mueang selepas selesai semua urusan di lapangan terbang, perut pun sudah mula berbunyi diminta untuk diisi seterusnya pergi mencari makanan di food court Don Mueang Airport untuk menjamu selera. Untuk makluman disini terdapat satu kedai yang menjual makanan halal dimana boleh melihat logo halal tertera di depan premis dan konsep jual beli disini anda perlu membeli kupon terlebih dahulu dan bayaran menggunakan kupon dan baki yang tak digunakan kembali boleh ditukar kepada tunai semula di kuanter.

Seterusnya beli simkad thailand, untuk memudahkan merancang perjalanan dan berkomunikasi. Benarlah seperti diperkatakan internet di Thailand sangatlah laju, efficient dan murah !  Kenapa sob cakap begitu ? coverage internet di sana sama laju sahaja sama ada guna di kawasan bandar atau puncak gunung.

Don Muang Railway Station

Selepas selesai menjamu selera perkara pertama yang terlintas di kepala, top of my list ialah beli tiket balik semula ke tanah air kerana perancangan awal sob untuk pulang dengan menaiki kereta api daripada Bangkok terus menuju ke Padang Besar. Daripada pintu keluar lapangan terbang perlu melintasi jejantas panjang seterusnya akan nampak stesen kereta api yang berdekatan, boleh beli tiket disini. Disebabkan tiket terus ke Padang besar sudah habis, so i decided to transite ke Hatyai seketika dan dari situ baru beli tiket ke Padang Besar dan harga tiket bernilai 1,135 Baht perjalanan sehala.

Selesai membeli tiket kereta api terus pergi semula ke ruang menunggu bus di depan lapangan terbang, menaiki bus untuk menuju ke Chatuchak Park / terminal bus dengan menaiki Bus No A1 perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Based on google map Chatuchak Park  berdekatan dengan New Mo Chit Bus Terminal ! so sob turun dahulu di Taman ini sebentar untuk berjalan-jalan ambil angin Kota Bangkok sebentar, sayanglah kalau tidak datang melawat kerana lokasinya berhampiran sebelum bergerak ke Terminal Bus untuk membeli tiket ke Pru Kradeng. Sob membeli tiket bas dimana waktu bergerak pada sebelah malam, tapi untuk memudahkan perjalanan anda boleh booking ticket secara online terlebih dahulu, jadi tak perlulah terkejar-kejar seperti sob !

Chatuchak park  

Chatuchak Park adalah antara taman yang tertua di Bangkok dan berkeluasan lebih kurang 0.304 kilometer jadi kalau nak berjalan-jalan di keseluruhan taman memang mengambil masa agak lama, jadi sob hanya lepak-lepak sebentar di pinggir taman sebelum bergerak ke terminal bas untuk membeli tiket. Daripada Chatuchak Park menuju ke New Mo Chit Bus Terminal mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan berjalan kaki, tapi apa yang best berjalan di sini anda akan kerap menemui kedai 7E di setiap penjuru kawasan sama ada di kawasan lot kedai sehingga sampai di bawah flyover jalan raya.

New Morchit Bus Terminal

Keadaan terminal bas agak bersih, teratur serta berhawa dingin dan disini juga disediakan banyak tempat untuk charge telefon, since my handphone bateri hampir-hampir nazak dan hanya menunggu masa untuk mati jadi bila dapat tempat cas memang seperti satu rahmat besar. Susah sebenarnya kalau tak ada telipone untuk aksess internet di tangan terutama untuk google merancang perjalanan dan kebanyakan jalan yang perlu dilalui sob banyak bergantung kepada google map. Lebih kurang 2 jam menunggu tepat pukul  11.00 malam bas bergerak menuju ke  Pha Nok Khao

Untuk membeli tiket ke Pru kradeng tidaklah susah mana kerana di hadapan kaunter tiket susah tulis lokasi yang ingin dikunjungi atau boleh bertanya terus di security cuma harga tiket berbeza-beza bergantung kepada jenis bas yang dipilih. Ruang menunggu bas terletak di tingkat bawah jadi  anda perlu turun ke bawah untuk menunggu di platform yang tertera, dimana perjalanan menuju ke Phu Kradueng akan berhenti di  Pha Nok Khao terletak di wilayah Loei . Harga tiket yang dibeli oleh  sob  ialah 663 bah dimana perjalanan mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas.

Wilayah Loei, dimana terletaknya Phu Kradueng National Park

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam, tips untuk jimat bergeraklah pada waktu malam untuk perjalanan yang jauh jadi tak perlu sewa motel atau dorm boleh tidur di dalam bas sahaja, mudah bukan. Bas yang dinaiki sangat selesa dan diberikan juga selimut, air mineral, roti dan terdapat juga ruangan cas telepon di tepi tempat duduk. Sepanjang perjalanan bas berhenti lebih kurang 3 kali sama ada  isi minyak atau berhenti ke tandas.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi cadangnya nak tidur-tidur ayam sahaja, biasalah letih daripada pagi berjalan ke sana sini jadi awal-awal sob dah inform driver bas untuk kejutkan sob bila dah sampai ke lokasi yang ingin ditujui, kerana ini pertama kali sampai ke Pru Kradeng  dan sob sendiri tak pasti dimana terletaknya starting point untuk menuju ke taman negara  serta sob sendiri  yakin tak akan tersedar akibat letih dan it how drama tv 3 bermula !


Hari Kedua
Dari  Bangkok ke Loei

Lebih kurang pukul 4 pagi sob dikejutkan oleh pemandu bas menyatakan sudah sampai ke lokasi. Bas berhenti di tepi jalan dengan keadaan mamai baru bangun daripada tidur sob terus mengangkat beg galas  yang diletakkan di tepi dan turun ke bawah, masih tak perasan apa-apa kerana keadaan dan berada tepi jalan yang gelap senyap dan sunyi  tanpa ada kenderaan lain yang lalu lalang dan seterusnya bas mula  bergerak meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Cerita bermula dengan keadaan suhu yang sejuk sehingga bercakap mengeluarkan asap, sejuk sangat ! ditambah pula tidak kelihatan apa-apa landmark bangunan tinggi berdekatan yang bercahaya berhampiran sob di kiri dan kanan hanya terdapat rumah-rumah kecil ' ketika itu terus berfikir adakah driver bus ni tinggal aku dilokasi yang salah.. dekat mana ni arhhh sudah ! masak hang sob' Sel-sel otak mula blur ketika itu hanya seorang diri berada di tempat yang kita sendiri tidak pasti, sob  ambil keputusan untuk terus berjalan menuju ke kawasan kedai yang  kelihatan bercahaya tidak jauh daripada kawasan bas berhenti dan tunggu hari beransur cerah.


Sarapan  pagi Ja kim shop dan menaiki mini van menuju ke destinasi seterusnya.

Tekaan sob ternyata betul rupanya  kawasan yang bercahaya itu merupakan kawasan menunggu untuk  para pengunjung dan pendaki menuju ke Phu Kradueng National Park, alhamdulilah lega. Disini terdapat kedai yang diberi nama Ja kim shop  dimana disini anda boleh berehat sementara sementara menunggu mini van pertama bergerak menuju ke Taman Negara.

Rupanya di belakang Ja Kim Shop disediakan ruang menunggu sementara jadi boleh baring-baring rehatkan badan lengkap dengan bilik air, tandas awam untuk mandi dan ia percuma. Cuma untuk charge handphone  dikenakan bayaran berapa bath. Sementara menunggu mini van pertama bergerak sob bersarapan dahulu disini, mujurlah owner Ja Kim Shop boleh berbahasa english jadi banyak tips dan info berkenaan  National Park berjaya dikutip. Sarapan pagi sob pada pagi itu ialah roti bakar, omelette dan kopi panas! sebenarnya hati teringin sangat nak makan makanan yang berat macam nasi sebab memerlukan banyak tenaga untuk mendaki disebabkan was-was dengan status halal jadi kita makan sahaja makanan yang diyakini halal toyiban yang dimasak di hadapan kita .

Disini juga terdapat kedai kecil yang menjual tiket bas dan terdapat mesin atm, jadi sob terus membeli tiket return ke Bangkok. 'Goyang juga beb kalau tiket selepas turun dari mendaki takut tiket habis langsung maklumlah kita berada di kawasan yang agak pedalaman, anything can happen' Lokasi  untuk menunggu mini van betul-betul berada di sebelah Ja kim shop dan van pertama bergerak seawal 7.00 pagi sekiranya sudah penuh dengan penumpang baru akan mula bergerak. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit dan trust me bro suhu dekat loei memang sejuk, menggigil abam sepanjang perjalanan. Keadaan jalan sunyi sepi ketika sob bergerak, ketika itu masih tidak banyak kenderaan mungkin disebabkan masih awal pagi tapi sob sangat bertuah di dalam berjalanan menuju ke Taman Negara daripada van dapat menikmati pemandangan matahari terbit di sebalik gunung di taman negara, sangat indah suasana ketika itu langit disaluti  cahaya keemasan ketika waktu itu.

welcome to Phu Kradueng National Park.

Phu Kradueng National Park, terletak di Wilayah Loei, Puncak tertinggi berketinggian 1316 Meter terletak di Khok Moei.


Tempat pendaftaran sebelum mendaki

       Bayaran Harga Tiket Masuk
  • Bayaran masuk untuk international : 400baht 
  • Bayaran masuk tempatan : 200baht
  • Sewa khemah (untuk 3 orang) : 225 baht/night
  • Mattress/rubber mat : 20 baht/night
  • sleeping bag : 30 baht/night
  
Dari jauh sudah boleh kelihatan Puncak Phu Kradueng tersergam indah tapi kelihatan rata sahaja tidak seperti bentuk kebanyakan gunung-ganang di Malaysia, setelah selamat sampai ke taman negara dan selesai urusan membeli tiket masuk melalui pembacaan dan info yang diberitahu oleh petugas bahawa Taman Negara ini merupakan satu gunung yang besar dan rata. Keluasan kawasan 350 kilometer, ini bermakna di kawasan puncak gunung nanti akan kelihatan rata dimana semua tarikan utama meliputi kawasan seluas 60 kilometer dari kawasan hutan, air terjun dan juga tasik semulajadi berada di purata ketinggian diantara 1200 meter ke 1250 meter dari aras laut.

Tarikan utama disini ialah pemandangan hutan di puncak yang agak unik dipenuhi oleh hutan pokok pine dan oat, disini juga boleh melihat pokok maple yang banyak tumbuh selain daripada keindahan air terjun. Sob difahamkan juga daripada puncak gunung antara lokasi yang terbaik untuk melihat pemandangan indah matahari terbit dan turun di wilayah Loei, pastinya tidak akan mengecewakan.


Ini trail mendaki menuju ke Puncak

Sedikit info yang boleh membantu anda untuk membuat persedian untuk mendaki di sini : 
  • Trek hanya dibuka kepada pendaki dari jam 8.30am hingga 2.00pm sahaja tidak kiralah samada mahu naik/turun ke/dari puncak. Melepasi 2.00pm, trek akan ditutup kepada kecuali kepada pendaki yang sedang melakukan pendakian ke/turun dari puncak atas faktor keselamatan kerana di setengah kawasan trail adalah laluan binatang liar seperti gajah dimana anda boleh  menjumpai najis gajah di lalauan tertentu.
  • Untuk perkhidmatan mengangkut barang anda bagi yang tak berupaya  boleh sewa Porter dengan harga 30 baht manakala untuk setiap 1 kg yang dibawa, upah 250 baht perlu dibayar terus ke porter
  • Trek untuk ke puncak sejauh 5.5 kilometer dan dari  puncak menuju ke ke tapak perkhemahan sejauh 3 kilometer. Bagi yang tidak mahu tidur di dalam khemah terdapat pilihan lain seperti sewa banglo, dorm dan terdapat kemudahan bilik air dan tandas di kemsite boleh digunakan secara percuma.
  • Boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar . Di setiap station terdapat banyak kedai makan dari satu stesen ke stesen yang lain ketika mendaki. Di puncak juga terdapat banyak kedai yang menjual makanan dan cenderahati dan  harga sedikit mahal.
  • Sama juga seperti Malaysia ada musim tertentu Taman ini ditutup  akan ditutup kepada pelawat untuk pemulihan hutan terutama ketika musim  musim hujan selalunya pada bulan June - September
More info about Phu Kradueng National Park klik here


Gambar tiket masuk mendaki dan ketika sob mendaki musim luruh disini jadi pemandangan sepanjang jalan menuju ke puncak kelihatan kekuningan dan kelihatan juga pokok besar hanya tinggal dahan dan ranting sahaja, dimana kebanyakan daunnya sudah luruh.

Let me share my experience hiking at  Phu Kradueng National Park

Mungkin disebabkan kawasan ini antara lokasi kunjungan utama penduduk tempatan untuk beriadah menikmati keindahan alam jadi kebanyakan infrastruktur di sini sudah cukup lengkap dan disetiap checkpoint terdapat tempat untuk berehat dan terdapat juga kedai makan tidak seperti kebanyakan laluan mendaki di Indonesia dan Malaysia yang masih dikelilingi hutan dan rare jadi feel mendaki itu memang berbeza, hiking in Malaysia jungle always the best mother nature experience !

Tidak mengambil perkhidmatan porter, jadi semua barang dibawa sendiri ke puncak oleh sob dan ketika mendaftar mungkin rezeki untuk berjimat sob telah diberitahu sama ada berminat untuk berkongsi kos dengan pendaki tempatan lain untuk menyewa khemah bersama, of course i will says yes, i feel so blessed have local with me at lease boleh jadi tour guide dan tukang translate tak berbayar !

Malim gunung atau porte sama ada membawa beg pendaki atau bahan makanan yang dipesan oleh kedai makan  menuju ke puncak.

Disini terdapat lebih 6 kawasan rehat yang menjual makanan dan minuman selebihnya hanya kawasan rehat sahaja yang menyediakan tandas. Sama seperti trek kinabalu dan Gunung Tahan laluan trek disini sangat bersih tanpa sampah. Mungkin disebabkan setiap checkpoint menyediakan tong sampah yang mencukupi dan diuruskan dengan balik, kita boleh lihat ketika porter selesai menghantar barang ke ke atas ketika turun mereka akan mengutip sampah untuk dibawa turun.

Sedikit review keadaan trek mendaki, di awal pendakian akan melalui trek yang terdiri dari hutan buluh dan keadaan trek pacak bermula dari checkpoint 1 dan 3 seterusnya trek agak santai dan diselingi laluan yang perlu memanjat juga. Farmasi pokok-pokok yang kelihatan sepanjang jalan berwarna peperangan dan kekuningan disebabkan oleh musim gugur, jadi  suasana sekeliling sangat cantik satu pemandangan yang berbeza dari hutan yang selalu kita lihat. 

Semakin mendaki ke puncak semakin kekuningan warna hutan buluh dan pohon-pohon yang lain kelihatan sehingga sob merasakan mendaki di kawasan yang berbeza sebab jangkaan awal sob berkemungkinan besar keadaan hutan di Thailand tidak jauh berbeza dengan hutan di Malaysia, maklumlah kitakan berjiran rupanya sangkaan sob jauh melesek ia berbeza kerana wilayah loes itu sendiri merupakan wilayah yang sejuk dan terletak jauh ke utara thailand

Landskap hutan serba kekuningan, langit kebiruan cukup mendamaikan mata yang memandang

Penanda  arah yang cukup banyak diletakkan  di sepanjang jalan, jadi tak perlukan perkhidmatan pemandu arah. Boleh berjalan sendiri bro sampai ke kemsite.

Keadaan cuaca yang nyaman sepanjang pendakian walaupun ketika hari panas tapi semakin hendak sampai ke puncak suhu semakin sejuk, maka perlu memakai sweater untuk panaskan badan kalau tidak memang akan menggigil ketika angin sejuk bertiaup walaupun  ketika itu masih waktu tengahari. Selain perlu melalui hutan buluh, treknya juga dipenuhi batuan gergasi yang kadangkala kena lebih hati-hati sebab takut tergelincir. Terdapat juga anak tangga dibina dari batuan untuk memudahkan pendaki dan di setengah kawasan dipasang tali untuk memudahkan penggunjung mendaki.

Semakin sampai ke atas landskap hutan mula berubah dari hutan buluh ke hutan dipterocarpous sudah mula kelihatan pokok-pokok bersaiz besar sehinggalah hendak sampai ke puncak sekali lagi landskap hutan berubah ke landscape hutan-hutan yang dipenuhi pokok Pine dan oak

Lebih kurang pukul 11.30 pagi sob sudah sampai ke puncak dan masa pendakian mengambil masa kurang 4 jam 30 minit yes i did it another peak to conquest, Phu Kradueng peak 1288 Meter unlock  ! Disebabkan ramai yang menunggu giliran untuk bergambar di signboard jadi sob mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan, bila nak turun ke bawah nanti baru bergambar semula.


Trek menuju tapak perkhemahan daripada Puncak sejauh 3 kilometer di kiri-kanan hanya kelihatan hutan terdiri dari pokok pine dan oak, melalui trek yang mendatar, lurus dan keadaan tanah berpasir persis pasir pantai.

Kalau korang tanya macam mana perasaan sob mendaki disini, sebenarnya walaupun ketinggian Puncak hanya 1288 meter ia tetap ada cabaran yang tersendiri dengan keadaan trek mendaki  straight forward tak ada cabang-cabang yang akan mengelirukan di sepanjang perjalanan jadi anda boleh mendaki dalam keadaan tenang dan santai, memang santai habis beb sambil layan coki-coki dan kalau lapar boleh rest sambil makan pisang bakar atau ubi keledek rebus memang nikmat ! Tapi ada setengah laluan dari satu checkpoint menuju ke checkpoint yang lain treknya agak pacak, berbatu dan memerlukan tenaga dan focus yang lebih supaya tidak mudah mengalah sebab disini juga ada waktu cut off  yang telah ditetapkan

Sekiranya tidak berjaya sampai pada waktu yang ditetapkan anda terpaksa berpatah balik jadi sila rancang waktu perjalanan mendaki anda dengan sebaiknya dan ini merupakan tips yang paling penting untuk melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga sangatlah digalakkan untuk melakukan persediaan stamina terlebih dahulu, jangan main redah ja nanti awak yang merana nanti pewai teruk !

Alhamdulillah  pengalaman melakukan aktiviti mendaki di Malaysia banyak membantu Sob, secara jujurnya antara laluan yang paling memenatkan ketika berjalan  daripada puncak menuju ke tapak perkhemahan kerana perlu menghadap trek sejauh 3 kilometer dengan keadaan trek yang lurus dan keadaan tanah yang tenggelam ketika lalu cukup memenatkan.. mentel beb !

Tapak perkhemahan

Lebih kurang 30 minit berjalan dengan penuh tekanan, akhirnya sampai juga ke tapak kemsite yang berwarna warni yang dipenuhi oleh khemah. Langit membiru dan cuaca kelihatan panas tapi suhu di puncak cukup menyegarkan. Selesaikan urusan sewa khemah dengan pihak pengurusan dan seterusnya letak beg galas untuk berehat, makan  dan tidur.

Sob sangat bernasib baik waktu mendaki ke sini bukanlah pada waktu hujung minggu atau seasons peak, jadi kawasan ini agak lenggang. Oleh kerana kawasan tapak perkhemahan ini sangat besar dan luas jadi pada satu masa yang sibuk lebih 5000 khemah boleh didirikan dan ini merupakan antara kawasan perkhemahan yang terbesar di Thailand, jada elakkan mendaki kesini pada waktu cuti panjang mengikut kalender Thailand sekiranya anda tidak sukakan suasana yang sibuk penuh dengan orang ramai.

Satu perjalanan yang memenatkan bayangkan turun daripada bas terus bersiap-siap untuk mendaki. Tapi apabila disajikan dengan pemandangan yang cukup menarik ketika mendaki disamping keramahan penduduk tempatan yang tak putus-putus memberikan semangat untuk meneruskan pendakian apabila sampai ke Puncak satu kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata, ia penat tapi berbaloi apabila buat benda yang kita minat kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata.

Sunset di Phu kradueng, hari pertama berada di puncak. 

Di sini juga terkenal dengan daun maple, sekiranya datang ketika musim daun ini luruh akan kelihatan banyak pokok-pokok maple, daunnya bertukar kemerahan.

Entry seterusnya sob akan berkongsi tempat-tempat menarik, pemandangan di sekitar Taman Negara  dan pengalaman bercamping selama 3 hari 2 malam disini, sob diberitahu bahawa disini antara lokasi yang terbaik untuk melihat pemandangan sunrise dan sunset yang terbaik di wilayah Loei

Tunggu entry yang selanjutnya akan bersambung !


          ARTICLE BERKAITAN




10 comments:

  1. Cantik taman negara ni...species pokok yg berbeza..menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis
      lagi tinggi kita mendaki
      landskap hutan itu akan sentiasa berubah-ubah

      Delete
  2. boleh beli tiket untuk perjalanan hari lain ya...kalau di hatyai macam tak boleh...macamlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha macamlah kan.. kikiki
      macam .. hatyai pun jauh 😌😌🤫 bang

      Delete
  3. meanrik sob, dan lebih menarik ke negara orang bersendirian kemudian mendaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik bang satu pngalaman yg tersendiri
      puas bila sampai ke puncak.. tapi masa hadap sndirian
      kat tempat kita x pasti tu cbaran dia
      goyang gak hahhaha

      Delete
    2. betul macam saya mula-mula pi hatyai je pun dengan wife dan anak 5 tahun...hotel yang kami patutnya nak duduk, penuh... allah taktau nak pi mana.. hehe sedangkan agoda booking smeua tu kan ada...

      alhamdulillah allah pertemukan dengan driver tut tut islam yang baik

      Delete
  4. saya ni nak mendaki tatau bila la.. haha jadi cuci mata sajalah tengok view orang amek while hiking. jauh eyh mendaki.. teruskan teruskan i sokong dari bawah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha terima kasih atas sokongan ct..
      tak dpt mdaki dpat tgok gambar pun dah ok..
      sama juga kita yg x dpat p travel sana sini
      dpat baca org kongsi kisah pun dah rasa puas mcm dah dpat
      p 😀

      Delete
  5. Jauh perjalanan luas pengetahuan..bertambah pengalaman hidup.

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.