Keindahan Air Terjun Lata Layang, Lenggong Perak | www.sobriyaacob.com

Wednesday, April 22, 2020

Keindahan Air Terjun Lata Layang, Lenggong Perak

Negeri Perak sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi, gunung-ganang yang menghijau, terdapat banyak air terjun yang cukup tenang dan mendamaikan mata yang memandang, kebanyakan lokasi air terjun itu sendiri boleh dikategorikan sebagai hidden gem kerana lokasi tersebut jarang di kongsi di media sosial dan dikunjungi oleh orang ramai.

Kemsite  Air Gadong

Air Terjun Lata Layang terletak di Kaki Gunung Chepar ini, terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Piah. Air sungai Luat yang segar & sejuk ini mengalir daripada Banjaran Ulu Soh, Lenggong. Laluan untuk menuju ke air terjun tidaklah terlalu sukar untuk dilalui sesuai untuk yang mula ingin berjinak-jinak untuk meredah hutan dan bercamping selain daripada itu ia juga dipenuhi oleh pelbagai spesies tumbuhan paku pakis, kulat, orked yang menarik untuk dilihat dan ditemui di sepanjang perjalanan.

Melalui kawasan yang dipenuhi  paku pakis hutan

Percaya atau tidak Lata Layang merupakan antara lokasi air terjun yang menarik untuk dilawati terdapat di lenggong seperti Air Terjun Lata Puteh, Air Terjun Lata Kekabu & Air Terjun Temerlong. Keindahan air terjun terletak di ketinggian 250 meter dan mempunyai 3 tingkat yang mengalirkan jatuh ke bawah menghasilkan deruan alam yang cukup mempesonakan.


Trip santai ke Lata layang dianjurkan oleh #GSOA Gerik Silver Outdoor Adventure, boleh cari di page facebook dan Instagram [ gerik_silver] dengan seramai 13 sahabat petualang.

21 April [ hari pertama ]

Lebih kurang pukul 9.00 pagi Sob dah Zubir telah berada di rumah Madro untuk menyiapkan persiapan akhir untuk bercamping di Lata layang memeriksa peralatan berkemah, memasak dan ration yang akan dibawa di sana nanti. Setelah selesai mengemas dan memasukkan barang ke dalam kereta seterusnya kami bergerak menuju ke Pekan Lenggong untuk bertemu dengan rakan-rakan pertualang Gsoa Kroni yang lain daripada Ipoh dan Penang untuk berkumpul sekali  sebelum bergerak sekali menuju ke Kampung Luat,  dimana starting bermula.

Perjalanan Daripada Gerik menuju ke Lenggong mengambil masa lebih kurang 40 minit, cuaca pada pagi itu sangat baik kelihatan langit membiru dan sangat cerah, harapnya  cuaca baik itu akan berkekalan hingga kami semua sampai ke KemSite untuk camping semalaman sebelum ke esokkannya menyambung perjalanan menuju ke Lata Layang. Ini kerana perjalanan menuju ke kemsite melalui laluan anak sungai kecil dan besar, ini sangat berbahaya sekiranya bergerak dalam keadaan  cuaca hujan kerana kuatir mungkin boleh  bertembung kepala air ketika dalam perjalanan.

Laluan di tebing-tebing sungai yang dilalui oleh kami semua, tracking menuju ke Kemsite Air Gadong

Mengikut tentatif asal pukul 11.00 pagi kami semua berkumpul di RnR Lenggong dan seterusnya konvoi menuju ke kampung luat, tapi disebabkan terdapat sedikit masalah yang dihadapi oleh line yang yang lain lebih kurang pukul 3.00 petang barulah kami semua dapat bergerak menuju ke kampung luat seterusnya memandu sehingga ke hujung kampung untuk parking kereta

Setelah sampai di kawasan parking, seterusnya kami mula membahagikan ration dan barang untuk dibawa setiap orang, selesai memberikan ration dan barang camping seterusnya kami berkumpul seketika dimana ketua kempulan akan memberi sedikit taklimat ringkas mengenai laluan yang bakal ditempuhi  untuk menuju ke air terjun.

Bergerak daripada kawasan parking pada pukul 4.30 petang, cuaca ketika itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu hujan lebat dimana keadaan langit sudah mula kegelapan mendung., jadi kami semua mempercepatkan lagi langkah bergarak ini kerana mengikut perancangan yang telah dirancang kami mahu sampai seawal mungkin ke Kem site untuk mendirikan khemah dan menyediakan makan malam. 

Empangan air yang pertama ditemui sebelum menuju ke jalan balak lama.


Laluan balak lama yang dilalui, ketika ini langit sudah mula mengeluarkan hujan renyai-renyai.

Pada permulaan perjalanan kami melalui kawasan dusun buah milik penduduk kampung, lebih kurang 10 minit dan seterusnya akan menjumpai sebatang anak sungai dimana terdapat kawasan empangan air  melintas menuju ke kawasan jalan balak  yang kelihatan sudah lama tidak dilalui, berjalan lebih kurang 20 minit sehingga sampai ke penghujung dan akan menjumpai pula sungai besar  yang dijadikan kawasan tadahan air dan dari situ kami menyelusuri laluan sungai sehinggalah sampai ke Kemsite.


Laluan di tepi tebing batu yang agak licin,  dilalui oleh kami semua dimana setiap lineup perlu berhati-hati kerana perlu menyimbangkan diri dengan beban yang dibawa supaya tidak terjatuh ke dalam sungai.


Selain itu di sepanjang jalan ke air terjun akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan renek, kulat, cendawan, pepohon menjalar dan rama-rama di tepi-tepi sungai. Pemandangan yang indah  dapat dilihat ketika menyusuri sungai, pokok-pokok besar dan kedengaran bunyi aliran air sungai di sepanjang perjalanan cukup memberikan ketenangan.  Laluan trek yang agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian, cuma kena sentiasa berhati-hati ketika melangkah kerana mungkin setengah trek yang di lalui agak licin dan berisiko untuk jatuh.

Bersama rakan-rakan Petualang

kawasan sungai ini masih terpelihara, air yang jernih mengalir dan boleh kelihatan anak-anak ikan daripada permukaan air berenang kesana-sini dan antara moment yang paling tak boleh dilupakan ketika tengah menyusuri jalan sob dan berapa orang  yang lain terserempak dengan sepasang tenuk yang agak besar tengah mencari mencari daun-daun muda untuk dimakan dari jarak yang dekat.

Pada mulanya sob menyangka babi hutan dari jauh tapi apabila berjalan semakin dekat menghampiri bintang tersebut kelihatan belang hitam dan putih di badan dan barulah tenuk itu memalingkan mukanya dan seterusnya lari daripada pandangan kami semua, satu pengalaman yang sangat menarik tersempak secara tidak sengaja dengan hidupan liar yang yang diancam pupus habitatnya

Kemsite Air Gadong, bergotong royong bersiap menyediakan makan malam.

Alhamdulilah lebih kurang pukul 6.00 petang dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit secara santai akhirnya kami sampai ke kemsite Air Gadong, perjalanan menuju ke tapak Kemsite tidaklah sesukar mana cuma  sekali-sekala kami perlu memanjat tebing melalui batu-batu licin dan melintasi sungai tapi sebenarnya ancaman yang paling bahaya ialah serangan pacat yang beraneka saiz berada dilaluan menunggu pemangsanya, bagi yang tak suka pacat pastinya akan terasa terganggu

Setelah sampai ke kemsite, masing-masing segera melakukan kerja seperti yang telah diagihkan terlebih dahulu, perkara wajib apabila sampai kemsite paling utama sediakan dulu air kopi panas untuk menyegarkan badan dan melepaskan lelah setelah seharian berjalan meredah air sebelum melakukan kerja lain.

Ada yang membersihkan tapak  kemsite untuk dipasang fly and ground, memotong dan menyediakan bahan makanan, memasang flysheet untuk membuka dapur haram sendiri memasak meggi eh, setelah semua kerja telah siap seterusnya kami semua bergotong-royong menyediakan makanan malam dan bbq. Senang untuk berurusan dengan sahabat petualang, kami semua sudah tahu tugas masing-masing ia berfungsi tanpa perlu disuruh kerana trips kali ini ibarat mini reunion melepaskan rindu selepas setahun lebih tidak melakukan aktiviti outdoor bersama-sama selepas turun daripada Gunung Tahan, Gunung Inas dan Titiwangsa.   

Itik Panggang, our special menu

Menu pada malam itu sangat menyelerakan, selera orang kampung iaitu itik bakar, ikan tengas masak sakai alhamdulilah rezeki kami semua nak merasa kemanisan ikan tengas, pancing yang dibawa mengena, nasi putih dan tak lengkap menu kampung tanpa adanya ulam-ulaman serta air asam buat penambah selera.

Ada kisah yang tersendiri ketika mahu membakar itik,  kami terlupa untuk membawa kayu arang yang telah dibeli, jadi terpaksa menggunakan kayu, ranting lama yang hanyut dan jatuh dari pokok dibawa arus di sekitar sungai untuk dijadikan kayu api tapi apa yang menjadi halangan utama kebanyakan kayu ini basah mungkin disebabkan hujan pada sebelah petang ketika kami semua menuju ke kemsite, jadi proses menghidupkan api untuk mendapatkan bara yang sesuai untuk membakar mengambil masa yang agak lama, tapi apabila telah siap dibakar memang tidak mengecewakan, padu bai rasanya manis dan tidak liat.

Aktiviti wajib ketika merewang beramai-ramai  ialah membawang dan membahan, sambil menyiang hasil ikan tengas yang dipancing dapatlah berapa ekor, Jadilah bolehlah dibuat masak ikan sakai untuk dimakan dengan nasi putih fuhh memang cukup sedap apatah lagi dimakan dengan itik panggang perut pula sedang berkeroncong cukup menyelerakan, bakal berpinggan-pingganlah nasi ditambah nanti.

Setelah selesai solat maghrib, makan beramai-ramai sambil ditemani bunyi air sungai yang mengalir dan bunyi-bunyi saling bersahutan unggas. Kami sangat bertuah pada malam itu cuaca sangat baik kelihatan di langit bintang berkelipan  memang cukup mendamaikan suasana ketika itu menghabiskan masa bersama-sama dengan sahabat petualang.

Secangkir kopi bersama sahabat petualang,
bersemuka dengan keindahan alam,
cerita kita antara bahagia dan rasa cinta

22 April [ hari kedua ]

selamat pagi

Hari kedua di sungai luak, suasana pagi yang cukup permai bunyi-bunyian unggas menemani dikala cahaya pagi kian menjelma. Dengan keadaan suhu yang nyaman dan sejuk membuatkan diri terasa amat berat untuk membuka mata tambahan pula berada di kawasan dikelilingi alam semulajadi sememangnya memberi sememangnya mampu memberikan satu mood yang berbeza tenang dan damai

Hari ini kami mempunyai misi yang sangat besar untuk menjejakkan kaki ke Air Terjun Lata layang yang mungkin mengambil masa lagi lebih kurang dua atau tiga jam untuk sampai. Keadaan laluan yang memerlukan kami sedikit mendaki mungkin memberi sedikit, tapi hasilnya pasti berbaloi untuk melihat sendiri kehebatan air terjun ini.

Setelah siap bersarapan pagi kami semua mula bersiap-siap,  menu pada pagi itu adalah sangat mudah untuk disediakan tapi sangat sedap iaitu ommelte, roti bakar, nasi goreng dan tak lengkap tanpa kopi panas. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan sarapan pagi.

Antara air terjun lain yang ditemui 

Lokasi air terjun yang sudah tidak jauh daripada kemsite dimana perlu sedikit mendaki, melalui tebing sungai yang berbatu dan sedikit trek hutan anggaran masa perjalanan ke sini, antara 1-2 jam bergantung kepada pace lineup itu sendiri dan akan menemui lebih kurang tiga air terjun yang lain terlebih dahulu sebelum sampai ke lokasi air terjun sebenar dan sekiranya  kita meneruskan perjalanan lagi bolehlah terus mendaki ke Gunung Chepar yang berketinggian 763 Meter.

                                                The Hidden Gem Of Lata Layang Waterfall


Boleh dikira dengan jari air terjun ini mempunyai tiga tingkat air terjun yang mengalir jatuh ke bawah, tapi ia tidak mempunyai ruang kolam besar untuk bermandi-manda dimana kawasan air terjun ini dikelilingi oleh permukaan batuan, tidak seperti air terjun cermin yang mempunyai kolam yang luas dan dalam untuk bermandi. Tapi awas ketika berjalan-jalan di kawasan batu yang sangat licin dinasihatkan memakai kasut getah atau stokin boleh mengurangkan rasa licin ketika berjalan.

Gerik Silver Outdoor adventure X Lata Layang Waterfall

Setelah lebih kurang 2 jam berjalan menyusuri sungai dan laluan hutan, dari jauh sudah mendengar bunyi deruan air terjun yang semakin kuat, itu menandakan kami semua hampir menghampiri destinasi yang dicari. Tidak terucap dengan kata-kata apabila pertama kali melihat 'keagungan' keindahan Air Terjun Lata Layang yang masih terjaga keindahannya deruan air yang mengalir memang cukup menambat setiap hati yang memandang.

Lebih kurang 3 jam mandi manda di bawah air terjun, seterusnya bergerak pulang ke kemsite untuk mengemas barang-barang peribadi dan camping dan ini sangatlah penting untuk menjaga kelestarian alam pastikan tidak tinggalkan sebarang sampah dimana barang-barang yang di bawa masuk haruslah dibawa keluar ini sangat penting untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut

Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 petang kami semua lineup berjaya keluar dengan dengan selamat daripada lata layang, seterusnya dan pulang ke destinasi masing-masing. Syukur trips santai yang dirancang dengan sahabat petualang walaupun ringkas tapi penuh dengan moment indah yang tersendiri.


      ARTICLE BERKAITAN

11 comments:

  1. Indah sekali alam semulajadi kekal terjaga utk dinikmati seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kena jaga keindahan alam semulajadi ini jgn kita rosakkan

      Delete
  2. Cantiknya view dalam hutan..paku pakis, kulat, rama2..air terjun yg awesome, tak sangka ada di Lenggong..itik bakar..fuhh..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis terapi alam semula jadi memang mendamaikan ..
      sambil camping dgn kwan memang best

      Delete
  3. Wow, indah sekali view air terjunnya !.

    Saya penasaran kenapa jembatannya belum dibangun jembatan besi, ya ?.
    Takutnya licin dilewati saat kakai basah berpihak di batang kayu begitu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih brother

      bukan jambatan itu pak, cuma kayu besar yang tersangkut
      di sungai, jadi nampak seperti jambatan

      Delete
  4. menu boleh tahan... itik tu.. bes nya dapat hirup udara segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu camping, tapi itik ni
      kena pandai beli kena yg tua
      memang liatlah klau bakar ahha

      Delete
  5. Menariknya! Dah lama tak hiking ni. Lepas PKP ni nanti boleh la pergi hehe. great post.

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.