Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak | www.sobriyaacob.com

Monday, November 9, 2020

Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak

Terletak di dalam kawasan Lawin, Air Terjun Lata Taman mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berada di lokasi yang jarang dimasuki oleh pengunjung  air terjun ini tidaklah begitu popular, mungkin hanya dilawati oleh penduduk setempat sahaja. Sama ada anda pernah dengar atau tidak di sungai Air Pulau terdapat satu tarikan semulajadi yang tersergam indah dan mempesonakan iaitu Air Terjun Lata Taman.

Yang menariknya selain daripada keindahan air terjun itu sendiri, kawasan  sungai yang mengalir jernih daripada Hutan Simpan Bintang ini juga terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang boleh ditemui. Sepanjang perjalanan sob dan rakan-rakan menyusuri aliran sungai  memberikan satu perasaan adrenaline yang menyeronokkan kepada kami semua dimana boleh menikmati keindahan panorama hutan hijau yang indah serta melihat aliran air sungai yang jernih dan bebas daripada pencemaran yang terdapat di kawasan ini.

Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak

Air sungai yang jernih ini mengalir daripada Hutan Simpan Bintang Hijau dan dipanggil sebagai Sungai Air Pulau. Tempoh masa yang diambil dengan menaiki motor lebih kurang 40 minit untuk sampai ke kemsite utama dan sekiranya berjalan kaki daripada starting point di Felda Lawin Utara mungkin mengambil masa 2 jam perjalan sehala dimana perlu melalui jalan kebun getah terlebih dahulu, seterusnya laluan balak yang sedikit berbukit dan seterusnya trek landai sehingga sampai ke kemsite. 

Laluan untuk menuju ke air terjun daripada kemsite tidaklah terlalu sukar, terdapat 2 pilihan sama ada menyusuri sungai sehingga sampai ke lokasi air terjun atau boleh melalui jalan darat iaitu mengikuti trek balak yang sudah lama ditinggalkan.

Air sungai yang jernih dan mendamaikan.

Secara peribadi, boleh gelarkan ‘our hidden beautiful river’ aliran air sungai yang cukup bersih dan jernih kelihatan masih banyak anak ikan bermain-main di permukaan air, kawasan hutan di sekitar sungai yang masih terpelihara, disini ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuhan paku pakis, pokok herba, kulat, orked yang menarik boleh ditemui.

Trips ke Air terjun Lata Taman selama 2h1m ibarat trips lepas rindu kepada bau hutan dan stress setelah lama menjalani perintah kawalan pergerakan akibat pandemic covid yang melanda negara kita serta seluruh dunia, semoga tak lama lagi wabakini akan berakhir dan kita semua akan menjalani kehidupan seperti biasa kembali

Pemandu arah untuk trips santai ini ialah Masta Oda dari team @natural_hiker dan kekuatan lineup seramai 6 orang, terima kasih oda kerana menjemput saya bersama-sama untuk meneroka salah satu lagi lokasi indah di Lawin Perak! It really amazing experience! great combination between camping and adventure to spend another weekend with amazing team.


Hari Pertama

Perjalanan untuk sampai ke kemsite dengan menaiki motor selama, 40 minit, disini terdapat beberapa kawasan tanah yang rata yang sesuai dijadikan kemsite semuanya berdekatan dengan sumber air, senang cakap berhadapan sungai. Bayangkan camping sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir, bunyi kicauan burung, serangga dan dikelilingi kawasan hutan yang menghijau cukup memberikan  ketenangan setelah lama berkurung di rumah.

Setelah sampai kami membersihkan tapak kemsite yang sudah mulai semak  ditumbuhi oleh anak-anak pokok kecil, ini mungkin disebabkan sudah lama tiada orang yang datang kesini seterusnya mendirikan khemah untuk bermalam, bersiap-siap menyediakan barang untuk memasak makan malam dan seterusnya aktiviti yang paling ditunggu iaitu mandi sungai sehingga menggigil kesejukan. Terasa sejuk sehingga ke tulang apabila mandi disini, cukup menyegarkan apabila air sungai terkena di tubuh badan tambahan pula arus sungai yang mengalir airnya agak jernih dan tenang

Hasil tangkapan ikan dengan menjala pada sebelah malam, alhamdulilah rezeki alam tidak tidak pernah mengecewakan bolehlah dijadikan menu tengahari esok sebelum keluar.

Hari pertama aktiviti santai sahaja seperti menjala ikan, memancing dan mandi sungai. Pada sebelah malam aktiviti masak-masak dan keesokannya harinya baru akan pergi ke waterfall Lata Taman yang mungkin mengambil masa 2-3 jam perjalanan daripada lokasi kami bermalam. Kami memilih untuk menuju ke air terjun dengan cara menyusuri sungai kerana sepanjang sungai ini sangat cantik dan sangat rugi sekiranya tidak diexplore sepenuhnya

Selamat pagi, hari kedua sebelum bergerak menuju ke waterfall sediakan sarapan terlebih dahulu. Nikmat apa yang anda dustakan make a breakfast with this view, owh men it's amazing experience

Menu pagi by Chef  Dean, menu sihat katanya makan salad-salad kome ☺

Setelah siap breakfast, kami semua bersiap-siap untuk bergerak menuju ke air terjun Lata Taman. Actually agak excited maklumlah setelah berbulan stay at home, finally dapat keluar sebentar untuk beriadah memang menyeronokkan. Kami memilih untuk pergi ke air terjun dengan cara untuk menyusuri sungai sehingga menjumpai air terjun yang dicari. One of the best moment yang sob dan kawan-kawan jumpa ketika menuju ke Air Terjun Lata Taman secara tidak sengaja kami berselisih dengan burung enggang dalam 4 ekor yang kelihatan berpasangan dari jarak yang sangat dekat, bayangkan burung enggang itu tidak terbang  hanya duduk di situ lebih kurang 4 minit, satu keterujaan melihat burung enggang liar bebas berterbangan dari jarak yang dekat.

Selain itu di sepanjang jalan ke air terjun akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan renek, kulat, cendawan, pohon menjalar dan rama-rama yang boleh ditemui di tepi-tepi sungai. Pemandangan yang indah dapat dilihat ketika menyusuri sungai, pokok-pokok besar dan kedengaran bunyi aliran air sungai di sepanjang perjalanan cukup memberikan ketenangan. Laluan trek yang agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian, cuma kena sentiasa berhati-hati ketika melangkah kerana mungkin setengah trek yang di lalui agak licin dan berisiko untuk jatuh. Pakai kasut yang sesuai terutama menyusuri sungai kerana ada di setenga kawasan batu agak licin dan arus sungai agak deras.

Air Terjun Lata Taman, tidaklah terlalu besar tapi cukup istimewa dan indah.

Di sini terdapat berapa air terjun kecil yang boleh ditemui, tapi air terjun yang paling besar yang boleh ditemui  digelar sebagai  Air Terjun Lata Taman. Air terjun di sungai ini tidaklah terlalu tinggi seperti Air Terjun Tanjong Kala atau Air terjun Lata Cermin tapi apabila melihat sendiri di depan mata air terjun yang di tengahnya terdapat batu bulat yang besar sehingga menghasilkan jatuhan air terjun yang terbelah dua, cukup menggetarkan jiwa bagi mata yang memandang terutama apabila percikan air-air terkena tubuh badan ia memberikan satu perasaan yang menyegarkan.

Lebih kurang 30 minit mandi manda di bawah air terjun serta bergambar seterusnya bergerak pulang ke kemsite untuk mengemas barang-barang camping dan keluar ketika itu agak mengejar waktu kerana cuaca mulai gelap dan kelihatan tanda-tanda akan hujan lebat. Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 petang kami semua lineup berjaya keluar dengan dengan selamat.


    ARTICLE BERKAITAN

4 comments:

  1. ALAM SEMULA JADI YG INDAH KHAZANAH NEGARA PATUT DIJAGA SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  2. bestnya sungai mcm ni, ada air terjun..mesti syok duduk bawah air terjun tu..

    ReplyDelete
  3. Nice write up sob!
    Rasa nak pergi cepat-cepat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Subhanallah... cantiknya....
    Saya memang suka mendekati alam.

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.